Tindakan Sarawak Report kaitkan YDP Agong amat tidak wajar – Khalid

Tindakan Sarawak Report kaitkan YDP Agong amat tidak wajar – Khalid

Laporan Sarawak Report- (SR), yang tersiar semalam bertajuk “PN Secretly Shelves $3.5bn 1MDB Case Against Abu Dhabi/IPIC In Favour Of ‘Royal Negotiations’ !” membuat tuduhan yang agak serius terhadap peranan yang dimainkan DYMM Yang DiPertuan Agong.

Tuduhan seserius ini terhadap penglibatan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dalam soal bayaran balik wang IPIC dari Abu Dhabi yang berkait dengan isu 1 MDB tidak wajar dibuat dengan sekadar menyebut ‘kami sekarang difahamkan’ atau sebagainya.

Fakta “sahabat sekolah lama di Sandhurst” dan kehadhiran Putera Di Raja Mohammed di Pertabalan Tuanku Yang DiPertuan Agong bukanlah asas kukuh untuk membuat tuduhan yang berat ke atas baginda.

Parti Amanah Negara berpendapat Sarawak Report perlu lebih berhati-hati serta bertanggung jawab dalam isu ini dan perlu samada menarik balik lapuran  tentang tuduhan ke atas Sri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong atau mengemukakan bukti yang kukuh untuk menyokong tuduhan tersebut.

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi AMANAH
4 Ogos 2020