Tips ‘rahsia’ nak mudah lembutkan ayam pencen, masukkan satu bahan ini je dah siap

Oleh ISMAIL YAHYA

Bagi mereka yang ingin menikmati ayam kampung, terdapat tip untuk melembutkan ayam pencen yang boleh anda cuba di rumah.

Ayam kampung, ayam tua, atau dikenali sebagai ayam pencen turut mempunyai peminat tersendiri.

Namun, cabaran dalam menikmati ayam pencen ini ialah kerana dagingnya yang amat liat kerana tidak mempunyai lemak.

Tips ‘rahsia’ nak mudah lembutkan ayam pencen, masukkan satu bahan ini je dah siap

Untuk mengatasi masalah ini, terdapat satu petua atau tip yang mudah dan berkesan yang boleh anda cuba. Petua ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Norizah Othman.

Tip lembutkan ayam pencen

Menambahkan lima biji gula-gula Hacks hitam semasa merebus ayam dapat membantu membuat daging ayam menjadi lembut dalam waktu yang singkat.

Norizah turut menyarankan agar ayam pencen dibersihkan dan direbus hingga air kering, kemudian ikuti kaedah yang telah disebutkan sebelumnya. Dan anda boleh terus masak ayam pencen mengikut kesukaan anda!

Selamat mencuba!

Baca juga:“Aku tersepit antara ibu dan arahan suami, aku perati je bila nak duit cepat je datang, bila susah ingat pun tak”