Tipu sijil : Dr Asri sifatkan jenayah rantaian penipuan

Tipu sijil : Dr Asri sifatkan jenayah rantaian penipuan

Mufti Perlis hari ini menghentam penipuan sijil sebagai jenayah “yang membawa kepada penipuan demi penipuan yang lain”, menyeru pelakunya “turun atau diturunkan”.

Asri Zainul Abidin berkata penipuan sijil atau kelulusan tidak boleh dilakukan oleh orang bawahan.

“Apatah lagi yang berada di peringkat atasan,” katanya di Facebook.

“Sesiapa yang mencapai kedudukan kerana penipuan sijil atau kelayakan, dia hendaklah turun atau diturunkan.”

Kenyataan Asri mengundang pelbagai komen daripada pembacanya.

“Kalau orang bawah memang hilang kerja,” kata seorang pembaca, John Marshall.

Kayrollz Nasri pula tidak kisah jika seseorang itu bersijil atau tidak, kerana “yang penting tak menipu”, manakala Yan Rehan Razali tertanya apakah tidak ada undang-undang untuk hal itu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/09/mufti-perlis-hentam-penipuan-sijil-seru-penipu-diturunkan/