Tisu tandas wajib warna putih, tak boleh warna lain, ini alasannya

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Tisu adalah alat yang digunakan untuk membersihkan pelbagai benda, seperti membersihkan tangan, meja atau benda lain.

Untuk pengetahuan anda, sebelum tisu kertas diperkenalkan, masyarakat di serata dunia mempunyai kaedah dan idea yang berbeza untuk menjaga kebersihan diri.

Salah satu tempat yang penting yang perlu ada kertas tisu ialah tandas, tetapi pernahkah anda terfikir mengapa tisu tandas hanya berwarna putih?

Tisu tandas wajib warna putih, tak boleh warna lain, ini alasannya

Tisu tandas diperbuat daripada gentian selulosa yang diperbuat daripada pokok atau kertas kitar semula. Menurut Jessica Carette, seorang ahli kimia dan Pengurus Inovasi Penyelidikan dan Pembangunan untuk Kumpulan Tisu Cascades. Gentian bercampur dengan air untuk membuat pulpa.

Penciptaan tisu tandas terdapat dalam dua bahagian asas iaitu membuat kertas mentah dan menukarnya kepada tisu yang anda beli di kedai, jelas David Altemir, seorang perunding yang bekerja dengan kilang pembuatan kertas tandas di Amerika Syarikat.

Menurut Altemir, proses melunturkan pulpa kayu dengan hidrogen peroksida atau klorin adalah untuk menjadikannya lebih putih. Proses pelunturan ini lebih daripada estetik dan menghilangkan bahan lignin serta melembutkan kertas.

“Kertas mentah bermula sebagai pulpa kayu sama seperti jenis kertas lain,” katanya.

Secara amnya, kebanyakan tisu ini berwarna putih adalah disebabkan peluntur kerana gam yang digunakan untuk menyatukan tisu adalah berwarna coklat.

Selain itu, Carette turut menyatakan tisu berwarna putih adalah lebih mesra alam kerana tisu kertas putih terurai lebih cepat daripada yang berwarna. Dalam pada itu juga, syarikat akan memutihkan pulpa kayu dengan hidrogen peroksida atau klorin untuk menjadikannya lebih putih.

Yang mana proses ini adalah untuk membuang bahan lignin dan melembutkan kertas.

Walaupun pulpa dara yang diluntur menghasilkan gentian paling lembut untuk membuat tisu dan boleh dikitar semula juga dapat menghasilkan tisu berkualiti tinggi. Oleh itu, warna putih tisu kertas lebih banyak digunakan oleh ramai pengeluar dan dianggap lebih konvensional daripada tisu yang berwarna.

Walaupun kertas tandas putih sering digunakan di Amerika. Namun, kertas tandas berwarna pernah menjadi trend pada masa lalu iaitu pada tahun 1950-an,

orang ramai akan menyelaraskan kertas tandas mereka dengan warna bilik mandi mereka tetapi hal itu tidak terjadi kerana kebimbangan mengenai keselamatan pewarna pastel untuk kulit dan alam sekitar.

Selain itu, kertas tandas yang berwarna meningkatkan kos untuk membuat gulungan, kata Altemir.

BACA:“Sah bercerai dengan isteri, balik rumah aku terkejut tengok makanan dalam peti ais isteri sediakan untuk aku rupanya aku yang tak hargai dia”