TMJ ada Bugatti Chiron paling ‘power’ dalam dunia

TMJ ada Bugatti Chiron paling ‘power’ dalam dunia

TMJ ada Bugatti Chiron paling ‘power’ dalam dunia. Umum sedia maklum bahawa Tunku Mahkota Johor(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat meminati kereta-kereta sport mewah dan boleh dikatakan baginda antara pengumpul koleksi kereta berjenama tersohor dunia.

Baru-baru ini Murai MY menjengah ke Instagram Story TMJ, di mana baginda memperlihatkan koleksi kereta mewah jenama dari Bugatti Chiron Super Sport yang sangat memukau jiwa.

Keluaran Pertama Dalam 500

Melihat di laman sosial media TMJ, keluaran kereta Chiron Super Sport milik baginda merupakan edisi yang pertama dalam 500 berdasarkan gambar plat yang dikongsikan di Instagram Story.

TMJ ada Bugatti Chiron paling 'power' dalam dunia

Bugatti Chiron Super Sport milik TMJ ini dilihat direka eksklusif untuk baginda, dengan pemilihan rona biru yang mewakili negeri Johor Darul Ta’zim sebagai tema warna dalaman kereta seperti di bahagian tepi pintu, tempat duduk kulit, stereng, gear, enjin dan sayap belakang kereta.

Kuasa Pecutan Terpantas Dunia

Menerusi tinjauan Murai di laman sesawang Bugatti, difahamkan kereta keluaran Chiron Super Sport ini memiliki kuasa pecutan yang sangat pantas bak kereta lumba sehingga 440 kilometer sejam.

Bukan itu saja, kereta sport mewah ini juga menggunakan enjin jenis W1600 bersama empat turbo cas yang berkuasa tinggi.

Kereta Bugatti Chiron Super Sport milik TMJ ini bukan saja estetikanya sangat menawan dan bercitarasa tinggi, malah membuatkan sesiapa yang memandang turut terpersona dengan kereta eksklusif ini!

BACA:

GPS tandatangan perjanjian sokong kerajaan perpaduan Anwar

Kecoh video ‘lelaki’ dari Malaysia pakai ihram tapi bersuara wanita

Arif Aiman tunjuk kereta harga setengah juta, hasil main dengan JDT

CATEGORIES