TNB = Terkejut Nampak Bil : Netizen luah perasaan di media sosial

TNB = Terkejut Nampak Bil : Netizen luah perasaan di media sosial

Isu kenaikan bil TNB yang mendadak sewaktu PKP masih berlarutan sehingga kini. Tidak sedikit rakyat berkongsi bil masing-masing yang menjangkau ribuan ringgit, sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sepanjang membayar bil elektrik setiap bulan

Ada juga yang mengatakan sepanjang PKP mereka tidak berada di rumah kerana tersangkut di kampung masing-masing. Namun apabila sekembalinya ke bandar, mereka masih lagi dikenakan bayaran yang entah dari mana puncanya.

Netizen yang berang dengan situasi ini meluahkan perasaan mereka di media sosial seperti di Twitter dan Facebook.

Pengguna Faizal Rosly memberikan akronim baru untuk TNB. Bukan lagi Tenaga Nasional Berhad tetapi Terkejut Nampak Bil dalam kicauannya:

Asrul Muzaffar pula mengatakan kenaikan bil hingga 600% ini memang tidak logik dan ‘berterima kasih’ kepada kerajaan ‘Abah’

Hermy Rahim pula mengatakan, jika dulu kita menangis lihat iklan TNB, sekarang kita menangis bila lihat bil TNB

Kita harapkan akan ada pembelaan terhadap nasib rakyat yang semakin menderita ini. Sudahlah dilanda wabak Covid-19, kini terpaksa pula berhadapan dengan bil elektrik yang melambung tinggi