Tok Kadi sampai minta berhenti lafaz akad nikah pasangan ini, bunyi lato-lato kuat sangat!

Oleh GEMILANGDAILY

Tok Kadi sampai minta berhenti lafaz akad nikah pasangan ini, bunyi lato-lato kuat sangat!Majlis pernikahan selalunya perlu dalam keadaan tenang agar pengantin tidak gugup dan ucap lafaz nikah itu jelas.

Namun kanak-kanak semestinya tidak mempedulikan hal tersebut dan tetap dengan permainan tular, lato-lato.

Bunyi daripada lato-lato itu sangat kuat hingga boleh ganggu ketenteraman orang lain malah boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemain.

Tular di media sosial Indonesia mengenai jurunikah yang memohon agar bunyi lato-lato dihentikan.

Tok Kadi sampai minta berhenti lafaz akad nikah pasangan ini, bunyi lato-lato kuat sangat!

View this post on Instagram

A post shared by VIDEO_MEDSOS (@video_medsos)

“Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato..diam, lato-lato diam. Saya ulangi.

“Wahai Sutriono bin Taman saya nikahkan dan kawinkan,” kata jurunikah tersebut dengan nada terganggu.

Seorang pengguna Instagram mengharapkan ibu bapa dapat mengajar anak adab dalam majlis agar tidak mengganggu orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VIDEO_MEDSOS (@video_medsos)

“Tidak kira budak atau tidak, mereka perlu diajar adab dan sopan ketika di majlis, ibu bapa perlu lebih peka terhadap perkara ini,” komen @d14.y16.

Mungkin inilah sebabnya ada sesetengah majlis perkahwinan berlansung tanpa kehadiran kanak-kanak.

BACA: 

“Saya tak pernah minum kopi semahal macam ni” – Berdekah baca kisah pakcik ni masuk Starbucks

“Tak cukup duit nak makan? setakat bagi 2-4 bungkus tak ruginya niaga sis” – asbab sedekah, jualan wanita ini habis dalam 2 jam