Totally untrue, Perang mulut Khalid dan Mujahid

Totally untrue, Perang mulut Khalid dan Mujahid

Ada pihak yg mengada2kan cerita kononnya berlaku perang mulut antara Khalid dan Mujahid dalam mesyuarat JKP Amanah Nasional kelmarin. Entah, Jin Ifrit mana bawa cerita yg sgt mengarut ini. Totally untrue!

Saya boleh sahkan kelmarin adalah mesyuarat yg paling berkesan, matang dan penuh ukhuwwah dalam sejarah kewujudan Amanah.

Semua pandangan dicermati, disusun dan diperkemas dengan mudah kerana semua bermatlamat sama. Tiada agenda dalam agenda. Tiada kumpulan dalam kumpulan. Yang dibina kukuh adalah jati diri Amanah dan Harapan.

Amanah berjaya keluar dpd kelaziman politik keakuan yang sering melihat perbedaan sbg ancaman dan perpecahan yang akhirnya rencam memporak perandakan sesebuah parti, setua mana pun hayatnya.

Amanah tidak bicara soal posisi sendiri, tetapi sebaliknya fokus melihat isu pokok adalah mandat rakyat, soal negara dan kesejahteraan rakyat.

Amanah bukan tempat untuk mana2 pihak mengadu kehebatan mereka secara peribadi, Amanah bukan alat kepada mana2 pihak dpd luar parti, tak kiralah siapa pun mereka. Amanah bukan individu, Amanah adalah sebuah pasukan yang sudah teruji. Amanah ada jati dirinya sendiri.

Tanggungjawab Amanah memperkemaskan Amanah dan Harapan supaya kuat membangun semula negara dan mensejahterakan rakyat.

Im proud to be Amanah!

#AmanahDemiNegara

Sumber: