Transgender perlu dididik – Menteri Agama

Transgender perlu dididik – Menteri Agama

Golongan transgender yang ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mahu golongan transgender ini ditangkap semata-mata tanpa memberikan kesedaran kepada mereka.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguat kuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi hantaran laman sosial Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Zulkilfi berkata, ia harus dibuat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“⁣Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah supaya mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Berita penuh:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709251/transgender-ditangkap-perlu-dididik