TS Ariff vs Art Harun : Pejuang Islam patut kenal antara kaca dan permata

TS Ariff vs Art Harun : Pejuang Islam patut kenal antara kaca dan permata

Kita ketepikan sentimen politik sekejap. Ana nak tanya ahli dan penyokong parti ana yang ditarbiyyah dengan didikan Al Quran, Sunnah dan para alim ulama sekian lama…

Antara Tan Sri Ariff dengan Art Harun ni sepatutnya kita sebagai pejuang Islam kena pilih siapa?

TS Ariff ana tak pernah dengar dia kondem hudud, tidak pernah menyatakan sokongan terbuka kepada oktoberfest, tidak pernah berpeluk dengan Siti Kasim, tidak pernah sokong transgender…Tutur katanya sopan dan penuh profesional dalam tindakan…

Sedangkan Art Harun ni bersepah ucapan dia yang mempertikaikan perjuangan hudud parti ana, menyebelahi oktoberfest, kritik undang-undang syariah yang hukum transgender, persenda keperluan 4 saksi jenayah seks, sokong liberalisme, marah parti ana kerana bantah oktoberfest, Siti Kasim pun siap peluk lagi.

Dengan jiwa yang tenang sebagaimana kita nak menghadap Allah SWT suatu masa kelak, siapakah antara dua ni yang wajar kita sokong? Pertimbangan Al Quran kah yang membimbing kita atau kerana harta dan jawatan yang telah mengelabui mata dan hati para pemimpin parti ana?

Renungan malam…

Sumber :