Tuah ayam nampak dikaki, tuah wanita ini terpijak berlian 7.46 karat ketika melancong

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Apabila hujan turun ke atas kawasan tersebut, ia membilas kotoran dan mendedahkan batu berat, mineral, dan berlian yang berdekatan dengan permukaan,”

Seorang pelancong Perancis yang baru pertama kali melawat Taman Negeri Kawah Berlian di Arkansas tidak menjangka akan menemui berlian seberat 7.46 karat.

Julien Navas awalnya datang untuk menyaksikan pelancaran Roket Vulcan Centaur United Launch Alliance di Cape Canaveral,

Tuah ayam nampak dikaki, tuah wanita ini terpijak berlian 7.46 karat ketika melancong

Fla sebelum melanjutkan perjalanan ke New Orleans bersama seorang rakan.

“Sewaktu saya melalui Taman Negeri, saya terus memandang ke tanah mencari bentuk yang menarik perhatian,” ujarnya.

Kemudian, dia terpandang sebiji batu berkilat yang ternyata ialah berlian coklat seberat 7.46 karat.

Penemuan itu diberi nama Berlian Carine, diambil sempena nama tunangnya.

Penolong Penguasa Taman, Waymon Cox, mengatakan mungkin nasib Navas diberkati oleh hujan yang baru saja turun.

“Kami secara berkala merata tanah kawasan carian untuk memperkembangkan tanah berlian dan menggalakkan hakisan semula jadi.

“Apabila hujan turun ke atas kawasan tersebut, ia membilas kotoran dan mendedahkan batu berat, mineral, dan berlian yang berdekatan dengan permukaan,” katanya.

BACA: “Aku tak kisah tidur alas toto, aku tak kisah keluarkan duit depo rumah lebih RM3000 masa pindah rumah, bila ada rezeki lebih, suami tiba-tiba nak kahwin lagi”