Pelakon jelita, Aprena Manrose didapati tidak lagi mengenakan tudung selepas sepupunya,
Nelydia Senrose, memuat naik satu video di media sosial. Betul ke?
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Aprena dilihat tidak memakai hijab, memperlihatkan rambutnya yang berwarna perang
Dan diikat ketika sedang bermain badminton bersama ahli keluarganya yang lain.
Sebelum ini, Aprena pernah dikritik apabila hanya memakai topi dan ‘hoodie’ ketika keluar,
dan dari situ ramai yang mula mengesyaki bahawa dia mungkin akan ‘melepaskan’ hijabnya.
Selain itu, Aprena juga pernah mengakui bahawa hatinya masih berbolak-balik mengenai keputusan untuk kembali tidak bertudung selepas mengambil keputusan menutup aurat tiga tahun lalu.
Dia juga memohon agar orang ramai mendoakannya supaya terus istiqamah, dan bukannya meninggalkan komen sinis serta pedas.
BACA: