Menerusi perkongsian di laman TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Urut, dia mendedahkan bahawa
Batu refleksologi di taman boleh mendatangkan bahaya jika tidak dipijak dengan cara yang betul.
Ramai dalam kalangan kita yang masih tidak tahu tentang penggunaan batu refleksologi ini.
Jika salah langkah, ia boleh membahayakan kesihatan!
Jelas pemuda tersebut, jika anda ingin memijak batu refleksologi yang disediakan di taman, pastikan anda memulakan dengan batu besar terlebih dahulu.
Setelah anda selesa memijak batu besar tersebut, barulah boleh beralih kepada batu yang lebih kecil, sehingga ke batu yang paling kecil. Sekiranya anda memijak batu refleksologi dengan cara yang salah, ia boleh mendatangkan bahaya.
“Bila ingin memijak batu refleksologi ini, cari batu yang besar dahulu dan pijak rapat-rapat. Apabila sudah selesa memijak batu besar, barulah boleh tukar kepada batu yang jaraknya sedikit dan lebih kecil.
“Mula-mula memang akan rasa sakit. Setelah selesai memijak batu tersebut, boleh beralih kepada batu kecil yang lebih sakit. Pastikan anda berjalan perlahan-lahan,” katanya.
Dia juga menyatakan bahawa memijak batu refleksologi dengan berperingkat adalah sangat penting, terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis.
“Nak pijak batu refleksologi ini perlu berperingkat. Jangan terus pijak batu kecil kerana ia sangat membahayakan, terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis,” jelasnya.
Kelebihan Memijak Batu Refleksologi Antara kelebihan memijak batu refleksologi adalah:
-Melancarkan peredaran darah
-Meningkatkan keseimbangan badan
-Merangsang sistem saraf
-Melegakan tekanan
-Tidur lebih lena
-Meningkatkan fleksibiliti kaki
-Meningkatkan metabolisme badan
-Mengurangkan keletihan
Kesimpulannya, pastikan anda memijak batu refleksologi dengan cara yang betul seperti yang dikongsikan di atas.
Jangan sesekali mulakan dengan batu kecil, kerana ia boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu.
BACA: ‘Dah lah tak pakai tudung’ Cikgu bukan Islam mengajar jawi undang perhatian ramai