Tular gambar Anwar pakai stokin RM2 beli di kedai Eco

Tular gambar Anwar pakai stokin RM2 beli di kedai Eco

Tular gambar Anwar pakai stokin RM2 beli di kedai Eco. Sebaik sahaja namanya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi perhatian netizen dalam mentadbir dan menguruskan negara ke arah yang lebih baik.

Bahkan, apa sahaja yang digayakan oleh beliau dalam melakukan kerja hariannya sebagai perdana menteri turut menjadi bualan netizen di media sosial.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar Ibrahim di laman instagramnya, dia telah berkongsi beberapa gambar ketika mengunjungi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi.

Tular gambar Anwar pakai stokin RM2 beli di kedai Eco

“Semoga Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku,” ujarnya.

Namun begitu, menerusi ciapan yang dimuat baik oleh seorang pengguna di laman Twitternya, penampilan Anwar Ibrahim yang memakai stoking jenama tempatan yang dipercayai dibeli dari sebuah kedai telah berjaya menarik perhatian netizen.

Apa yang nak hairan? Normal la tu

Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba untuk menahan diri mereka untuk mengagumi sikap merendah diri pemimpin tersebut untuk mengelakkan dilabel sebagai ‘pentaksub’.

Habislah, mahal la harga stoking itu selepas ini

Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan meskipun stoking tersebut murah, namun ia kelihatan mewah dan berjenama apabila dipakai oleh Anwar Ibrahim.

Malah, netizen sempat berseloroh dengan memaklumkan harga stoking tersebut akan menjadi mahal dan jualan di kedai serbaneka Eco akan naik mendadak kelak.

BACA:

Bapa dan anak kembara 23 negara guna Produa Kelisa

Aksi gadis tak pakai baju rai kemenangan Argentina jadi tular

Biadap dengan Catriona, peserta program realiti kena sekolah dengan Syafinaz

CATEGORIES