Tular gambar rider makanan pakai serban tahun 1985, rupanya mereka yang dahului zaman sebelum wujud GrabFood dan FoodPanda

Oleh GEMILANGDAILY

Tular gambar rider makanan pakai serban tahun 1985, rupanya mereka yang dahului zaman sebelum wujud GrabFood dan FoodPanda.

Perasan tak dalam Facebook, ramai orang kongsi satu gambar penghantar makanan/rider Al-Arqam pada 1985.

Ramailah orang kata, sebelum Foodpanda dan Grab, mereka dah buat servis penghantaran ni.

Tular gambar rider makanan pakai serban tahun 1985, rupanya mereka yang dahului zaman sebelum wujud GrabFood dan FoodPanda

Macam kenal ye Al-Arqam ni, tapi di mana ya? Awak semua ingat lagi tak dengan nama ni? Sebab tak silap kami, mereka ni sebuah gerakan Islam di Malaysia dulu-dulu, tapi ada kontroversi sikit la. Baik, kami akan huraikan sikit cerita sisi terang dan gelap Al-Arqam ni.

Al-Arqam ditubuhkan dengan membawa aliran Muhammadiah

Penubuhan gerakan Al-Arqam ni bermula dari seorang lelaki bernama Ashaari Muhammad atau dikenali sebagai Abuya. Dia memegang aliran/tarekat Muhammadiah yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Suhaimi bin Abdullah dari Jawa Tengah.

Abuya ni dilahirkan pada 30 Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Selepas pemergian bapanya, dia dijaga oleh bapa suadaranya, Lebai Ibrahim yang juga pengamal tegar tarekat Muhammadiah. Waktu ni la Abuya kenal dengan aliran itu.

Siapa sangka Abuya ni seorang ahli aktif PAS selama 10 tahun (1958-1968), masa tu di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Tapi, disebabkan kelemahan pergerakan & aspek ilmu PAS, dia menubuhkan gerakan sendiri bernama Jemaah Muhammadiah, lepastu ditukar kepada Al-Arqam sempena nama sahabat Rasulullah S.A.W, Arqam bin Abi Arqam.

Pada 1968, hanya 10 ke 12 ahli Al-Arqam saja, tapi lama-kelamaan ia berkembang kepada 40 ahli pada 1976. Dikatakan keahlian mereka ni mula berkembang secara drastik tahun demi tahun hingga 1987, perngikut mereka dah beribu-ribu orang. Bukan di Malaysia je tau, tapi seluruh dunia.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, dianggarkan seramai 6,000 pengikut serta 15,000 simpatisan pada 1994(maksud simpatisan: orang yang menaruh simpati).

Pelopor utama dalam mengeluarkan produk Islam

Percaya atau tak Al-Arqam ni mula menampakkan belangnya pada 1972 apabila Abuya menubuhkan perkampungan Islam di Sungai Penchala, Selangor. Mereka telah membeli tanah seluas 5 hektar untuk dijadikan tempat tinggal dan markas kegiatan gerakan itu.

Power juga Al-Arqam ni sebab perkampungan tu tak sampai 20 tahun pun, tapi mereka berjaya dalam menjalankan bisnes. Masa ni, mereka dah ada:

52 kedai runcit.
20 pasar mini.
36 kedai buku.
18 restoran.
56 kilang perusahaan.
Tahu tak, Al-Arqam ni pun ada produk makanan sendiri, seperti lada putih, susu tepung, serbuk teh, kordial oren, soscili, dan kicap.

Iklan produk Al-Arqam dalam akhbar Mingguan Islam. Imej dari Mengimbas Kembali Pendidikan Awal Pengajian Al Arqam Yang Murni.
Al-Arqam juga berjaya dalam bidang penerbitan. Mana taknya, pelbagai bahan bacaan agama untuk kanak-kanak, remaja, wanita dan dewasa yang diterbitkan. Antara majalah mereka yang dapat permit penerbitan (tapi ditarik balik permitnya pada 1990):

Al-Arqam.
Al-Mukimah.
Al-Nasihah.
Al-Munir.
Al-Qiadah.
Al-Imam.
Al-Ain.

Konten dalam Majalah Al-Ain. Imej dari Mengimbas Kembali Pendidikan Awal Pengajian Al Arqam Yang Murni.


Tak cukup dengan tu, Al-Arqam mempunyai klinik kesihatan dan unit perundangan sendiri. Oh ye, mereka dah menebusi pasaran antarabangsa dalam bidang perniagaan. Waktu ni, mereka menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC), yang menghimpunkan 22 anak syarikat.

Mereka juga membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan yang diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC).

Bidang pendidikan pun Al-Arqam tapau juga kerana mereka mempunyai tadika. Kami ada jumpa orang yang pernah bersekolah di tadika itu, namanya MK Zainal. Tapi, dia ada jumpa benda pelik, iaitu:

“Semasa saya bersekolah tadika itu, saya ada ternampak sebuah gambar Abuya besar di dinding.” – MK Zainal, bekas pelajar tadika di Al-Arqam.

Benda pelik ni telah membuatkan kami untuk huraikan tentang…

Al-Arqam ni gerakan sesat, tapi apa buktinya?


Semasa Al-Arqam sedang berkembang maju, timbulnya satu konflik dalaman antara mereka. Pada Jun 1986, wakil Al-Arqam, Ustaz Mokhtar Yaakob, telah menentang Abuya kerana Ustaz Mokhtar mengatakan tarekat Muhammadiah ni merosakkan akidah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalau nak tahu, tarekat Muhammadiah ni percaya yang pengasasnya, Sheikh Suhaimi ni tak mati, tapi dialah Imam Mahdi yang dinanti-nantikan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memanggil Abuya untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu Tarekat Muhammadiah dan isu lain. Tapi dia ni tak mengaku pula yang dia amalkan ajaran Muhammadiah tu.

Sebuah keratan akhbar mengenai Al-Arqam. Imej dari UPM.
Namun, Abuya dan beberapa pemimpin kanan Al-Arqam telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas pengakuan penyelewengan Al-Arqam.

Secara rasminya, Al-Arqam telah diharamkan sepenuhnya pada 1994. Bagaimanapun, Abuya dibebaskan dari tahanan, tapi masih dikenakan tahanan rumah. Dia akhirnya meninggal dunia pada 2010.

BACA:

Floor88 rugi RM2.6 juta, Eric dedah ini semua kerja ‘orang dalam’

“Hairan aku bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk menahan malu, rupanya ini cerita sebenar”