Tular jutawan hartanah terkenal tiba-tiba rebah. Jutawan hartanah Mohamad Azlan Al Amin, pernah mendapat perhatian kisahnya yang bangkit daripada keluarga miskin tegar yang hanya cari rezeki dengan kutip sampah berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.
Walaupun dah jutawan, anak kelahiran Kampung Tok Raja, Besut itu tidak pernah mendongak ke langit, sebaliknya bersikap tunduk ke bumi.
Malah, dia lebih selesa pilih jalan yang serba sederhana dan sentiasa istiqomah dalam setiap apa yang dilakukannya. Namun kadang kala, tetap ada cabarannya dalam hidup.
Terbaru menerusi facebook miliknya, beliia di khabarkan mengalami sesak nafas. Berikut perkongsian Azlan di Facebook
“Selesai saja kuliah bersama keluarga jam 10.30am tadi,abang Azlan Al Amin bangun untuk menyusun Quran di atas rak.
” Tiba tiba abang Azlan kembali diserang sesak nafas.Ini kejadian kali kedua setelah kelmarin beliau pitam serta sesak nafas.
“Abang Azlan terus dihantar ke bahagian kecemasan Hospital Jertih,sebelum dibawa menaiki ambulan ke Hospital KPJ Kota Bharu,Kelantan.
” Dalam masa seminggu dua ini,abang Azlan dinasihatkan berehat sepenuhnya sambil mendapatkan rawatan lanjut.Beliau mungkin terlalu penat dengan pelbagai aktiviti perniagaan,dan memerlukan rehat.
” Alhamdulillah,semuanya dan terima kasih kepada yang sentiasa mendokan beliau.
BACA:
Menteri dari Malaysia kena baling telur!
Terkini : Kerajaan akan bentang akta haramkan rokok, vape di parlimen