Tular kes pengasuh dera baby sebab tak berhenti menangis, apabila netizen buat kerja sekali lain pula yang jumpa.
Semalam, tular di aplikasi Whatsapp mengenai video memaparkan seorang wanita yang merupakan pengasuh mengasari seorang bayi asuhan.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan telah bertindak menekap muka dan menghempas bayi tersebut ke tilam kerana tidak berhenti menangis.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah Taska, di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.
Susulan itu, pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut untuk tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.
Bukan itu sahaja, penularan video tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita berkenaan.
Malah, menerusi laman Twitter, netizen juga mencari maklumat mengenai wanita berkenaan dan berjaya mendapatkan beberapa keping gambar peribadinya.
Dalam pada itu, ramai juga yang menyamakan tindakan wanita berkenaan dengan kes pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.
BACA: