Kebanjiran pelancong dari Nusantara ke Korea Selatan telah menyebabkan kerajaan Korea Selatan
Mereka mula menggunakan Bahasa Melayu pada kebanyakan papan tanda, terutama di kawasan tumpuan pelancong.
Zakaria Azizi berkongsi perkara ini di akaun Facebooknya dalam kumpulan Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants).
“Kerajaan Korea Selatan gembira melakukan usaha ini untuk memudahkan pelancong dari Nusantara mendapatkan maklumat yang diperlukan,” katanya.
“Selain itu, dengan peningkatan jumlah pelancong dari Malaysia dan Indonesia ke negara tersebut, Bahasa Malaysia kini turut digunakan pada papan tanda di sana.”
Walaupun ada beberapa penggunaan Bahasa Melayu yang kurang tepat, usaha kerajaan Korea Selatan ini wajar dipuji.
Selain Bahasa Melayu, papan tanda tersebut juga memaparkan beberapa bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun, dan Bahasa Indonesia.
Bahasa Melayu adalah bahasa keenam yang paling banyak dituturkan di dunia, dengan sekitar 290 juta penutur merentasi Selat Melaka, termasuk pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera.
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia – bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.
BACA: Tuan Ibrahim dakwa bekas Adun Nenggiri tamak, sekali tuan badan buka cerita sebenar