Tular rakaman situasi dalam pesawat Nepal sebelum terhempas

Tular rakaman situasi dalam pesawat Nepal sebelum terhempas. Sebuah telefon pintar yang ditemui daripada serpihan pesawat Yeti Airlines yang terhempas di Nepal hari ini, telah merakam detik akhir yang sangat mengerikan dalam penerbangan itu.

Telefon bimbit tersebut milik penumpang pesawat malang tersebut, Sonu Jaiswal, sedang membuat Facebook Live sebelum penerbangan itu terhempas. Dia antara yang menjadi mangsa kemalangan tersebut. Video yang sama ditemui di akaun Facebooknya.

Video tersebut tular, dalam rakaman tersebut, pemilik telefon bimbit merakam suasana luar pesawat melalui tingkap ditepi tempat duduknya kemudian suasana dalam pesawat. Tiba-tiba berlaku letupan dan skrin menjadi kacau bilau. Beberapa saat terakhir menunjukkan kebakaran yang mengerikan di luar tingkap dan jeritan penumpang yang resah kedengaran.

Tular rakaman situasi dalam pesawat Nepal sebelum terhempas

Abhishek Pratap Shah, bekas Ahli Parlimen Nepal dan ahli jawatankuasa Pusat Kongres Nepal, yang menghantar rakaman video itu, memberitahu NDTV bahawa dia menerima rakaman itu daripada seorang rakan dan ia ditemui hari ini daripada serpihan.

“Ia dihantar oleh salah seorang rakan saya yang menerimanya daripada anggota polis. Ia adalah rekod sebenar. Ia adalah video hari ini ketika penerbangan itu hendak mendarat,” kata Encik Shah kepada NDTV dalam temu bual eksklusif.

Sejak 2013, Kesatuan Eropah telah meletakkan Nepal dalam senarai hitam keselamatan penerbangan. Semua penerbangan dari Nepal telah diharamkan di ruang udara EU selepas Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa menyatakan kebimbangan keselamatan.

BACA:

BN dakwa kemenangan PAS di Marang ada unsur rasuah, bakal failkan petisyen

Coach fizikal Shah Rukh Khan dedah rahsia umur 57 tahun masih dapat badan gagah

CATEGORIES