Tular remaja maut kerana dos penggalak di Sabah, ini penjelasan JKNS

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”hide” ]Tular remaja maut kerana dos penggalak di Sabah ini penjelasan JKNS, hero remaja 2020 design bilik tidur remaja perempuan simple ppv remaja axiata arena hero remaja 2021 juara hero remaja 2020 dewi remaja 2020 maksud remaja ppv walk in remaja selangor vaksin remaja vaksin untuk remaja[/bg_collapse]

 

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan tular di aplikasi WhatsApp, kononnya seorang remaja meninggal dunia disebabkan dos penggalak COVID-19 kerana pesakit itu tidak pernah mengambil suntikan ketiga pelalian berkenaan.

Pengarahnya, Dr Rose Nani Mudin dalam kenyataan hari ni menegaskan, pihaknya telah membuat siasatan segera berhubung dakwaan terbabit yang mengaitkan Hospital Tuaran dan mendapati ia sebenarnya palsu.

“Siasatan mendapati pesakit meninggal dunia pada 12 Februari lalu, punca sebenar kematian disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat, bukannya disebabkan dos penggalak vaksin COVID-19 seperti didakwa.

“Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga dan mereka menerima dengan baik penerangan mengenai punca kematian. Siasatan juga mendapati pesakit menerima dos pertama vaksin pada 31 Julai 2021 dan dos kedua pada 21 Ogos 2021. Ibu pesakit dan Hospital Tuaran mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos penggalak,” katanya.

Tular remaja maut kerana dos penggalak di Sabah ini penjelasan JKNS, hero remaja 2020 design bilik tidur remaja perempuan simple ppv remaja axiata arena hero remaja 2021 juara hero remaja 2020 dewi remaja 2020 maksud remaja ppv walk in remaja selangor vaksin remaja vaksin untuk remaja

Sehubungan itu, Rose Nani berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu pesakit pada 13 Februari lalu menafikan kematian anaknya disebabkan dos penggalak vaksin COVID-19 selain menafikan ahli keluarganya membuat penularan dalam aplikasi Whatsapp mengenai kes dan dakwaan itu.

“Hospital Tuaran juga membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi terbabit oleh individu tidak bertanggungjawab. JKNS menggesa kepada semua rakyat Sabah agar tidak menyebarkan berita palsu dalam mana-mana media sosial atau aplikasi yang lain.

“Tindakan terbabit bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi juga boleh mengancam privasi pesakit dan ahli keluarganya. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu berkenaan atas tindakan tidak bertanggungjawab. JKNS bersimpati derngan keluarga pesakit dan berharap perkara seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya.

BACA JUGA :

Pemilik Kelantan FC dedah FAM tak bayar tunggakan elaun pengadil lebih RM79 ribu

Tak mampu beli bunga Konvo, anak sebak lihat ibu gigih gubah bunga sendiri

Ini cara membuat permohonan gaji bagi guru yang memiliki Master dan PhD

CATEGORIES