Tular semula surat layang beritahu arwah Zulfarhan didera bikin netizen geram dengan warden

Oleh ISMAIL YAHYA

“Saya sedih, saya ingin buat laporan,” kata seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa

dia telah menulis dua surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain telah didera oleh rakan-rakannya.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM, berkata dia menulis surat tersebut

setelah melihat pegawai kadet laut itu terbaring dengan seluruh badannya membengkak, dipenuhi tompok kehitaman dan darah pada kulitnya di bilik 4-10 asrama UPNM pada jam 6 petang, 22 Mei 2017.

Menurutnya, pada hari tersebut dia pergi ke bilik tersebut untuk menemui Muhammad Izzul Akhtar, salah seorang ahli bilik itu, berkaitan tugasan kuliah. Namun, Muhammad Izzul Akhtar tiada di bilik.

Tular semula surat layang beritahu arwah Zulfarhan didera bikin netizen geram dengan warden

“Saya cari Izzul, tetapi dia tiada. Ketika saya hendak keluar, saya ternampak Osman (Zulfarhan Osman) di atas katil, di hujung bilik, ditutup dengan kain pelikat dari pusat hingga ke lutut,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada prosiding hari ke-11 kes tersebut semalam.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, dia kemudian pulang ke biliknya di asrama 4-06 dan berbincang dengan seorang rakan sebiliknya, Akmal Akif, untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut.

“Pada mulanya kami ingin membuat laporan secara berdepan dengan jurulatih, tetapi bimbang identiti kami akan bocor, jadi kami memutuskan untuk menulis surat layang,” katanya. Akmal Akif mencadangkan untuk menulis surat layang, manakala dia menulisnya di atas kertas A4.

Katanya, surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017, dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Tiada huraian foto disediakan.

Tiada huraian foto disediakan.

Tiada huraian foto disediakan.

Tiada huraian foto disediakan.

Muhammad Aiman Aufa berkata, surat layang pertama yang ditulis berbunyi: “Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!” – Hamba Allah. Namun, surat itu diketahui oleh semua ahli bilik 4-10 setelah jurulatih memasukkan surat tersebut ke dalam mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Saksi itu berkata, penyebaran surat tersebut menyebabkan usahanya untuk memberitahu pihak atasan mengenai penderaan Zulfarhan Osman gagal apabila seorang daripada penghuni bilik 4-10, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, yang merupakan tertuduh pertama, terlebih dahulu memindahkan Zulfarhan Osman ke bilik 4-06 dengan alasan menumpangkan mangsa di bilik tersebut untuk sementara waktu.

Muhammad Aiman Aufa berkata, selepas kegagalan surat layang pertama, dia dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua yang menyatakan, “Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman,” namun surat itu telah ditemui oleh seorang penuntut lain.

Terdahulu, seorang pemandu Uber, kini dikenali sebagai Grab, Mustapa Kamal Ibrahim, 56, berkata dia pernah menemui Zulfarhan Osman dalam keadaan berbau busuk, hamis, dan bajunya dipenuhi tompok darah.

Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata, dia telah menerima tempahan melalui sistem tempahan perkhidmatan dalam talian antara 9 dan 10 pagi, 31 Mei 2017, untuk mengambil penumpang di Apartment De Centrum di Bangi dan menghantarnya ke sebuah klinik di Bangi.

Katanya, dia kemudian pergi ke apartmen tersebut dan menemui penumpangnya, tiga lelaki dengan salah seorang duduk di atas kerusi roda dan berkain pelikat.

“Saya tengok, eh kenapa budak ni (Zulfarhan Osman) duduk atas kerusi roda, saya keluar dari kereta dan tengok, budak ni macam tak terurus, bau busuk, baju ada tompok darah, ada air bisa pada badan dia, tangan dan kaki berbalut dengan ‘bandage’. Baunya sangat menyucuk hidung, macam hamis. Saya tanya rakan mangsa, mereka diam sahaja,” katanya.

Mustapa Kamal berkata, dia kemudian membantu Zulfarhan Osman masuk ke dalam kereta kerana melihat dua rakannya seolah-olah tidak mengendahkan mangsa.

“Saya papah Zulfarhan Osman kerana kawan-kawannya yang dua orang itu tidak berapa menolong. Jika kawan rapat, tentu akan tolong. Jadi saya cakap kepada dua individu itu untuk tolonglah kawan mereka, tetapi mereka hanya senyum sahaja,” katanya.

Mustapa Kamal berkata, sebaik tiba di klinik, dia sekali lagi membantu Zulfarhan Osman keluar dari kereta, memapahnya duduk di kerusi roda, dan menolak kerusi roda itu sehingga ke depan klinik. Mangsa berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya.

Saksi itu berkata, selepas itu dia memandu kenderaan beredar dari situ dan ketika mengerling ke belakang, dia melihat ada lendir dan darah di kerusi belakang keretanya yang diduduki Zulfarhan Osman, lalu dia memberhentikan kenderaannya untuk membersihkan kesan tersebut dan mengambil penumpang lain.

BACA: Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur, 6 bekas pelajar UPNM ke tali gantung