Tular video gelagat Tengku Hassanal tapi ramai tak tahu biodata penuh Tuanku

Oleh NADIA HARON

Nama Tengku Hassanal pasti sudah tidak asing lagi sebagai pewaris takhta Negeri Pahang.

Selepas berakhirnya Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, semakin ramai yang mencari maklumat tentang

Tengku Hassanal yang telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan sikap sopan dan rendah dirinya.

Mari kita kenali lebih dekat tentang anakanda Sultan Abdullah, Yang di-Pertuan Agong, dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Permaisuri Agong ini.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dilahirkan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Tular video gelagat Tengku Hassanal tapi ramai tak tahu biodata penuh Tuanku

Kini berusia 28 tahun, baginda adalah Tengku Mahkota Pahang serta Pemangku Raja Pahang.

Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tengku Ahmad Iskandar adalah anakanda pertama Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, namun beliau telah meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan pada 24 Julai 1990.

Berikut adalah senarai pendidikan yang diterima oleh Tengku Hassanal:

– 2002 – 2005: Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang
– 2006 – 2009: Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom
– 2009 – 2014: Sherborne School, London, United Kingdom
– 2015 – 2018: University Institute – Geneva School of Diplomacy and International Relations
– 27 September 2018: Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan
– 1 Januari 2019 – 14 Disember 2019: Commissioning Course, Royal Military Academy Sandhurst

Di laman Instagram miliknya, @this.7, Tengku Hassanal menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang sukan. Pada 25 Jun 2016, baginda telah menyertai acara perlawanan amal,

The Jerudong Park Polo Trophy, bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England.

Ayahanda baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Selain polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.

Untuk makluman, dari segi susur galur keluarga, Tengku Hassanal adalah cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar melalui bondanya, Tunku Azizah

. Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

BACA: “Ini anak-anak ada ibu dan ayah bukan anak-anak ayam” – Sultan Pahang