Tular video isteri mengamuk serang penyondol, netizen panas hati dengar alasan yang diberi

Oleh ISMAIL YAHYA

Isu orang ketiga atau dipanggil penyondol menjadi perhatian netizen apatah lagi isu ini turut melibatkan selebriti dan pempengaruh.

Tidak lagi menjadi isu rahsia, isu sebegini sudah mula menjadi tular di media sosial.

Satu rakaman video tular memaparkan insiden pertengkaran mulut antara dua wanita di sebuah kampung di Terengganu.

Tular video isteri mengamuk serang penyondol, netizen panas hati dengar alasan yang diberi

Si isteri dikatakan menyerang orang ketiga tersebut setelah menyedari kecurangan suami.

“Aku masih isteri dia lagi. Kau isteri siapa? Ni suami aku, belum cerai lagi. Kau ambik suami aku, aku sayang suami aku,” katanya sambil ditenangkan oleh suaminya.

Namun difahamkan, si pelaku mempersoalkan pula jika status lelaki tersebut masih suami orang, tidak menjadi masalah. Kemudiannya, si pelaku ditenteramkan oleh rakan-rakannya dan dibawa keluar dari situ.

Menurut perakam, kejadian (curang) berkenaan sudah berlaku banyak kali dan mendakwa si pelaku sengaja mencari pasal.

Dalam minit terakhir video berkenaan, kelihatan si isteri pula memarahi suaminya sambil menangis teresak-esak.

“Puas hati korang? Ni yang kau nak, kan?” katanya.

Sementara itu diruangan komen, netizen meminta si isteri mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang dibuat oleh suaminya serta memikirkan kesan terhadap anak-anak.

BACA: Bukan sahaja Ketua Agama, ini fungsi YDP Agong dalam politik negara yang rakyat patut tahu