Tular video pasangan kekasih ‘break up’ gara-gara bincang topik berat, rupanya ada plot twist
Kecoh baru-baru ini apabila tular sebuah video yang memaparkan pasangan kekasih menjadi sebutan di media sosial telah meraih perhatian ramai
Dalam video sebelum ini, dapat dilihat wanita itu terlihat gambar seorang perempuan lain di dalam telefon teman lelakinya dan terus bertanyakan beberapa soalan.
Namun, jawapan si lelaki membuatkan wanita berkenaan terkedu dan meluahkan rasa kecewanya.
Video mereka ternyata mendapat perhatian umum yang memberikan pelbagai reaksi sehingga wanita berkenaan juga mendakwa telah putus dengan teman lelakinya itu.
Tetapi, dia kemudian memuat naik sebuah video memberitahu sebenarnya ia hanyalah sebagai social experiment saja.
Lihat video itu di bawah:
Korang tahu tak yang dorang berdua gf bf buat social experiment dengan this video? https://t.co/tQS6ZFNFFY pic.twitter.com/Bi7UCFwdXE
— scha 🏹 ♡ (@totallyfreaks) August 14, 2023
Dakwa semua hanya social experiment
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan menjelaskan bahawa semua video dia dan teman lelakinya itu hanyalah sebagai social experiment semata-mata.
Difahamkan, dia mendakwa yang ianya dirancang untuk melihat persepsi netizen berhubung perkongsian-perkongsian yang dinyatakan sebelum ini.
“Hahaha satu Malaysia kena game” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka mengenai isu itu.
BACA: Isteri durjana! Sering bawa handphone masuk ke tandas, akhirnya terbongkar aktiviti gilanya