Tular video pelajar junior Politeknik dipaksa minum minyak semasa minggu suai kenal

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar baharu di sebuah politeknik didakwa dipaksa minum minyak semasa minggu orientasi.

Dalam video tersebut, beberapa mahasiswa dilihat meniarap dan duduk di tepi pantai.

Seorang pelajar senior terdengar menjerit ke arah mereka sebelum didakwa menyuruh mereka minum minyak.

“Waktu anda semua sangat berbeza dengan kami dahulu. Kami dahulu disuruh minum minyak,” kata pelajar senior itu.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai komen daripada netizen, dengan majoriti mengecam aktiviti orientasi seumpama itu.

Tular video pelajar junior Politeknik dipaksa minum minyak semasa minggu suai kenal

“Kegiatan orientasi seharusnya membimbing dan membangun, bukannya merosakkan mental pelajar junior,” kata seorang netizen.

Pihak politeknik tersebut kemudian memberikan maklum balas.

Wakil Rektor III Bidang Kerja Sama dan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Negeri Kupang, Jems Sine, berkata bahawa pihaknya telah menonton video yang tular itu.

Menurut Jems, video tersebut dirakam oleh pelajar senior sebagai dokumentasi aktiviti. Namun, apa yang dilaporkan di media sosial berbeza dengan situasi sebenar.

“Kata-kata yang diucapkan oleh pelajar senior tersebut disalah tafsirkan seolah-olah mereka memaksa pelajar junior minum minyak.

Sebenarnya, mereka hanya menyapu minyak di muka pelajar baharu dan tidak memaksa mereka minum minyak,” jelasnya.

BACA:CEO GISB dan isteri fail ‘habeas corpus’ minta dibebaskan segera, ini maksud ‘habeas corpus’