Jabtan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil memberikan penjelasan berkenaan dakwaan berlaku berlakunya percampuran jemaah solat
Antara lelaki dan wanita di Cameron Highlands, Pahang seperti yang tular baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, jabatan itu memaklumkan bahawa maklumat yang tersebar
Berkenaan video tersebut yang memaparkan aktiviti ketika pelaksanaan program Kem Ibadah Nusantara adalah tidak tepat.
“Video berkenaan diyakini dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang diadakan di Cameron Highlands.
“Program itu adalah anjuran bersama Jakim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Persatuan Insaf Pahang (Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT), beberapa agensi dan institut pengajian tinggi (IPT) lain,” menurut kenyataan tersebut.
Menurutnya, peserta acara tersebut terdiri daripada majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela dan datang daripada pelbagai latar belakang.
“Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah. Ada juga dalam kalangan mereka masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.
“Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.
“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” ujarnya.