Tular wanita cari isteri kedua untuk suami, tawar elaun RM3000 sebulan, jamin tiada drama cemburu

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang wanita telah membuat tawaran di media sosial dengan membuka peluang kepada mana-mana wanita yang berminat untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Dalam satu hantaran yang dikongsi oleh seorang pemengaruh media sosial @meinmokhtar di laman X,

Beliau berkongsi perkongsian dari salah seorang pengikutnya.

Tular wanita cari isteri kedua untuk suami, tawar elaun RM3000 sebulan, jamin tiada drama cemburu

Dalam tangkapan skrin yang dikongsi, seorang wanita menceritakan masalahnya mempunyai suami yang memiliki keperluan batin yang tinggi.

Oleh kerana wanita tersebut tidak mampu memenuhi keperluan tersebut, dia memutuskan untuk membuka peluang kepada mana-mana wanita yang berminat untuk menjadi isteri kedua dengan elaun bulanan sebanyak RM3,000.

“Mein, aku 28 tahun, suami juga 28 tahun, bekerja sebagai jurutera dengan gaji RM18,000. Kami mempunyai seorang anak.

Saya ingin mencari isteri kedua untuk suami saya kerana saya tidak mampu memenuhi keperluannya,” katanya di platform media sosial NGL yang dikongsi oleh @meinmokhtar.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu turut menyatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah jika suaminya meluangkan banyak masa dengan isteri kedua nanti.

Namun, dia memberikan amaran agar wanita yang berminat menjadi isteri kedua tidak menjadi penyebab pertikaian.

“Jika ada yang benar-benar serius untuk menjadi isteri kedua, beritahu saya. Saya akan memastikan suami saya memberikan elaun bulanan sekurang-kurangnya RM3,000 untuk menyokong kehidupan anda. Gaji saya sendiri hanya RM6,000, jadi saya tidak terlalu kisah,” katanya.

BACA: “Balik dari bulan madu, suami happy sangat, katanya dapat ‘durian runtuh’, sekali perempuan yang kami jumpa masa bulan madu jadi madu aku!”