Tun M mungkin sokong jika benar Anwar dapat majoriti

Tun M mungkin sokong jika benar Anwar dapat majoriti

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan “tunggu dan lihat” sekiranya pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Anwar hari ini mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, dengan “majoriti menyokong juga dalam kalangan ahli Parlimen Melayu dan Islam”.

TheEdge Singapore melaporkan Mahathir berkata, ini bukan kali pertama bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian.

“Kita harus tunggu untuk lihat apakah ini 1 lagi episod, membuat dakwaan yang tidak dapat dibuktikan,” katanya.

Pada 2008, Anwar mendakwa mempunyai cukup sokongan Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan dan mendesak perdana menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa secara aman.

Anwar berkata, dia kemudian gagal selepas usulnya untuk memanggil persidangan khas Dewan Rakyat ditolak oleh Abdullah.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/23/dr-m-kata-tunggu-dan-lihat-sekiranya-anwar-cukup-sokongan/