Tun M tak setuju bubar parlimen ketika Covid-19 semakin teruk

Tun M tak setuju bubar parlimen ketika Covid-19 semakin teruk

Rakyat akan berdepan risiko kesihatan termasuk kematian akibat Covid-19 jika Parlimen dibubarkan sekarang bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya dalam tempoh sukar ini semua pihak perlu mengutamakan nyawa rakyat berbanding survival politik.

“Saya yakin (jika) kita adakan PRU dalam waktu singkat ini, ramai rakyat negara ini akan dijangkiti dan maut akibat Covid-19.

“Soalnya mana kita mahu utamakan, politik atau nyawa rakyat,” katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan beberapa ketua jabatan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, dalam tempoh sama negara bakal kehilangan banyak wang untuk menangani peningkatan mendadak kes Covid-19.

“Apabila diadakan PRU, ramai rakyat akan berkumpul berdekatan dan tiada penjarakan fizikal, sekali gus membolehkan Covid-19 berkembang dengan cepat.

“Lihatlah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sekarang, kes jangkitan penyakit ini mencecah tiga angka dan pernah mencatat sehingga 200 kes,” katanya.

Beliau berkata, walaupun tiada kajian mengenai punca peningkatan pendemik Covid-19 di Sabah, tetapi secara realiti kes itu meningkat dalam tempoh PRN.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/624497/elak-pru-jaga-nyawa-rakyat-dr-mahathir