Tunai ibadah Haji secara DIY, lelaki ini nekad jalan kaki sejauh 8640 KM ke Mekah buat netizen kagum
SEORANG lelaki dari Kerala, India yang berjalan kaki dari negaranya untuk menunaikan haji pada Jun tahun lalu, akhirnya tiba di kota suci Makkah.
Shihab Chottur mengambil masa kira-kira 370 hari untuk berjalan kaki dan menempuh perjalanan sejauh 8,640 kilometer (km).
Perjalanan Shihab yang juga seorang YouTuber itu membawanya melalui Pakistan, Iran, Iraq, Kuwait dan akhirnya Arab Saudi.
Shihab yang berasal dari Valancherry di daerah Malappuram telah memulakan perjalanan maratonnya ke Arab Saudi untuk menunaikan haji pada 2 Jun 2022 sebelum tiba di Makkah bulan ini.
Selepas memasuki Arab Saudi, dia pergi ke Madinah dan menghabiskan masa selama 21 hari sebelum berangkat ke Makkah.
Shihab menempuh jarak perjalanan sejauh 440 km antara Madinah dan Makkah dalam masa sembilan hari.
Dia akan menunaikan haji selepas ibunya, Zainaba, tiba dari Kerala
BACA:
Patutlah ramai nak sangat kerja kerajaan, ini gred gaji JUSA yang ramai tak tahu