“Tunang aku kena tangkap khalwat dengan 6 lelaki, bakal mak mertua dan bakal abang ipar sibuk suruh kahwin cepat sebab nak jaga air muka”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Kini, menjadi trend di kalangan muda-mudi, baik lelaki mahupun perempuan, untuk mengadakan acara khas sebelum mereka mengakhiri zaman bujang.

Acara ini dikenali sebagai parti bachelor atau bachelorette, yang merupakan budaya barat yang semakin diterima oleh sesetengah pihak di Malaysia atas prinsip ‘berfikiran terbuka’.

Namun, bagi seorang lelaki, tindakan tunangnya untuk mengadakan parti tersebut telah mendatangkan masalah dan memberi kesan buruk kepada dirinya.

Dalam satu luahan di laman X, lelaki tersebut mengungkapkan kejutan dan kesedihannya apabila tunangnya ditangkap khalwat bersama beberapa lelaki di sebuah lokasi yang tidak didedahkannya.

“Tunang aku kena tangkap basah di hotel dengan seorang perempuan dan enam lelaki,” katanya.

"Tunang aku kena tangkap khalwat dengan 6 lelaki, bakal mak mertua dan bakal abang ipar sibuk suruh kahwin cepat sebab nak jaga air muka"

Susulan kejadian itu, lelaki tersebut kini digesa untuk mempercepatkan majlis perkahwinan demi menjaga aib tunangnya yang ditangkap khalwat.

“Mak, abang dia sibuk telefon aku suruh kahwin cepat sebab nak jaga air muka,” ujarnya.

Mengimbas kembali sebelum kejadian, lelaki tersebut mengatakan dia pernah memberi nasihat dan amaran kepada tunangnya supaya menjaga batas pergaulan jika mahu mengadakan parti tersebut.

“Aku beritahu dia supaya buat parti bachelorette siang hari di restoran, bukan malam di hotel sebab dia cakap nak staycation. Aku marah tapi aku lebih berterima kasih kerana kejadian ini berlaku sebelum nikah,” jelasnya.

Menurut lelaki itu, sikap tunangnya yang sering mengamalkan pergaulan bebas bukanlah perkara baru, malah dia pernah menyuarakan kebimbangannya sebelum ini.

“Benda ni dah lama jadi isu. Dia lepak dengan kawan lelaki sampai pagi buta. Kawan tahu semua waktu dia period, dah habis period. Dilayan bagai puteri katanya. Mak dia pun biarkan sebab dari kecil kawan, malu nak tegur sebab mak ayah dah kenal. Aku bodoh sebab cinta sebelum ni,” katanya, yang kini enggan melayan kebodohan tersebut.

Nasib baik dia tahu sebelum perkahwinan… tetapi sakit hati tetap dirasai apabila mengetahui perkara tersebut.

Dia juga enggan meneruskan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung seperti yang dirancang.

“Biar perempuan tu bayar balik semua. Kalau tak nak bayar, selesai di mahkamah. Duit tunang pun aku akan tuntut semua,” katanya dengan tegas.

Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah dilarang dalam Islam dan semua perlu menjauhinya.

Di ruangan komen, luahan tersebut mengejutkan warga maya yang menzahirkan rasa simpati kerana insiden itu berlaku menjelang hari perkahwinan.

“Nasib baik dapat tahu sebelum nikah. Tapi sakit hati bila dapat tahu.

“Wow, nafsu apa sampai enam lelaki layan? Tindakan bijak, jangan jadi pak sanggup.

“Ada manusia memang tak guna akal sebab suka ikut kepala sendiri. Bersyukurlah jadi sebelum kahwin.

Kalau dah kahwin nanti susah nak didik sebab dari awal dia dibiar begitu. Untuk kamu, carilah kebahagiaan dengan wanita yang lebih baik,” komen warga maya.

BACA: Ustaz Zamri Vinoth diarah bayar RM100,000 kepada Siti Kasim, apa dah jadi?