Twitter makin hura-hara, pegawai kanan pula cabut lari

Twitter makin hura hara pegawai kanan pula cabut lari

Twitter makin hura-hara, pegawai kanan pula cabut lari. Pemilikan bilionair paling kaya di dunia, Elon Musk terhadap Twitter semakin menjadi huru-hara pada Khamis apabila beberapa eksekutif keselamatan utama bertindak meletak jawatan daripada platform perkhidmatan rangkaian sosial itu.

Tindakan itu berlaku sehari selepas pelancaran ciri baharu yang kecoh diperkenalkan oleh Musk.

Musk juga ialah pemilik bersama kenderaan elektrik Tesla dan membeli Twitter pada harga AS$44 bilion (RM204.49 bilion) baru-baru ini.

Musk pada Khamis memberi amaran kepada para pekerja bahawa laman web itu berisiko bankrap jika keadaan kewangan perkhidmatan sosial tersebut tidak dapat dipulihkan.

“Saya telah membuat keputusan sukar untuk meninggalkan Twitter,” ciap Ketua Pegawai Keselamatan, Lea Kissner yang dilaporkan berundur itu seperti dilaporkan AFP.

Twitter makin hura hara pegawai kanan pula cabut lari

Media Amerika Syarikat (AS) turut melaporkan bahawa Yoel Roth iaitu Ketua Amanah dan Keselamatan Twitter juga meletak jawatan hanya sehari selepas bertegas mempertahankan dasar penyederhanaan kandungan Musk kepada pengiklan.

Turut keluar dari syarikat perkhidmatan sosial itu ialah Robin Wheeler yang memegang peranan penting bagi menghubungkan Twitter dengan pengiklan dan dianggap sebagai sekutu Musk utama dalam syarikat itu.

Kekacauan tersebut menyusuli pelancaran perkhidmatan langganan Twitter Blue di laman web itu yang menyebabkan para pengguna membayar AS$7.99 (RM37.13) sebulan untuk tanda biru selain ‘lencana’ kelabu untuk beberapa akaun berprofil tinggi.

Bagaimanapun, pada Rabu, Musk membatalkan label kelabu baharu itu dengan serta-merta.

BACA:

Polis sahkan pelakon Malaysia maut jatuh dari bangunan tinggi

Baru balik umrah, netizen tegur pemakaian Daiyan Trisha makin menjadi-jadi

Influencer selamba makan sup kelawar

CATEGORIES