Ustaz Azhar Idrus (UAI) terang hukum seorang isteri yang menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain semasa dalam tempoh idah.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), UAI menjelaskan bahawa adalah haram
Bagi seorang isteri untuk berbuat demikian ketika masih dalam tempoh idah.
Jelas UAI, seorang wanita masih berstatus isteri dan boleh kembali rujuk dengan suaminya walaupun dalam tempoh idah.
Ia adalah haram bagi isteri yang masih dalam idah untuk berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain kerana dia masih terikat sebagai isteri.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Jofliam mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran meminta bekas isterinya, Cik Epal, untuk menjaga maruah sepanjang berada dalam tempoh idah.
Jofliam juga menasihati orang ramai untuk menghormati wanita dalam tempoh idah dengan cara tidak “mengkenenkan” mereka dengan mana-mana lelaki lain.