UFO bersaiz gergasi berjaya dirakam

UFO bersaiz gergasi berjaya dirakam

UFO bersaiz gergasi berjaya dirakam.Seorang lelaki berjaya merakam gambar yang didakwa objek terbang tidak dikenali (UFO) di tepi laut di Devon, England, lapor portal berita MailOnline semalam.

Matthew Evans, 36, merakam gambar objek tersebut berlegar-legar di udara di tengah laut selama 10 saat sebelum hilang daripada pandangan.

Menurutnya, dia merakam gambar itu dari tingkap pangsapurinya pada waktu malam dan melihat dengan jelas bentuk UFO tersebut.

Gambar itu memaparkan empat cahaya berwarna terang keluar daripada formasi ‘UFO’ berbentuk segi tiga itu.

UFO

“Ia tidak terbang seperti pesawat biasa.

“Objek itu bergerak sangat perlahan dan turun naik sebelum hilang selepas 10 saat,” kata Evans.

Tambahnya, objek tersebut turut memancarkan cahaya yang amat terang.

“Saya tidak pasti identiti sebenar objek itu, jadi saya membuat keputusan untuk merakam gambar.

“Sukar untuk menjelaskan, namun saya berpendapat ia adalah UFO,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/05/lelaki-dakwa-rakam-ufo-besar/

Jika Anda Terlepas: Program SelVAX dapat sambutan, 62,000 syarikat berdaftar

CATEGORIES