Ujian untuk lesen PSV dan GDL dimansuh – Anthony Loke

Oleh GEMILANGDAILY

Ujian untuk lesen PSV dan GDL dimansuh – Anthony Loke.

Kerajaan memansuhkan ujian teori bagi pengambilan Lesen Vokasional untuk kenderaan awam (PSV) dan kenderaan barangan (GDL) berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata biarpun ujian itu dimansuhkan,

Ujian untuk lesen PSV dan GDL dimansuh - Anthony Loke

pemohon masih perlu menghadiri dan melengkapkan kelas teori sedia ada sebelum lesen terbabit dikeluarkan.

“Ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur Lesen Vokasional terdiri daripada kategori PSV dan GDL untuk memudahkan pemohon.

“Namun calon bagi kategori lesen PSV untuk bas dan GDL untuk lori bersendi, masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali sebelum mendapat lesen vokasional,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata, penambahbaikan lain yang dilaksanakan ialah kelas teori bagi semua kategori lesen vokasional, dibenarkan secara dalam talian sama ada menerusi platform disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), institut memandu (IM) atau syarikat perniagaan pengantaraan yang berkelayakan.

Katanya, tempoh kelas teori sedia ada turut dikekalkan.

“Mana-mana IM atau syarikat perniagaan pengantaraan, hendaklah menggunakan modul atau silibus pengajaran kelas teori lesen vokasional dalam talian yang ditetapkan JPJ sepenuhnya.

“Pihak JPJ akan menetapkan syarat dan peraturan berkaitan kelayakan penyediaan platform dalam talian dan mengawal selia kelas teori bagi memastikan kesahihan dan integriti calon,” katanya.

Beliau berkata, data dan maklumat kehadiran calon akan diintegrasikan dengan sistem MySIKAP bagi membolehkan lesen vokasional dikeluarkan secara terus kepada calon tanpa memerlukan kehadiran fizikal ke kaunter JPJ.

“Silibus kelas teori bagi semua kategori lesen vokasional terutama membabitkan perkhidmatan e-hailing dan teksi akan disemak semula serta ditambah baik oleh JPJ serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan mendapatkan input daripada pihak industri supaya relevan dengan keperluan semasa.

“Justeru, penambahbaikan silibus ini akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, susulan pengumuman had usia kenderaan bagi teksi dan e-hailing dinaikkan kepada 15 tahun berbanding 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari lalu, Loke berkata mana-mana kenderaan yang hendak dilesenkan bagi tujuan terbabit, boleh berbuat demikian sekurang-kurangnya setahun sebelum had usia maksimum.

Katanya, kerajaan juga membenarkan kenderaan yang sudah mencapai had usia 10 tahun sebelum ini dan belum mencapai usia 15 tahun, untuk kembali beroperasi.

“Saya ingin menekankan bahawa penggunaan teksi dan e-hailing sentiasa tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan berkala untuk memastikan hanya kenderaan yang mematuhi syarat teknikal dan ciri keselamatan dibenarkan beroperasi di atas jalan raya.

“Dengan pelaksanaan dasar baharu ini, saya berharap beban pemandu teksi dan e-hailing dapat diringankan khususnya mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 lalu,” katanya.

BACA:

Kecoh gambar Ustaz Syamsul Debat disalahguna ‘promote’ pelaburan tak wujud, sekali wanita ini dedah cerita sebenar

Meriah Hari Pertabalan King Charles iii sekali ‘Grim Reaper’ datang kirim salam?.