Dalam perhubungan bersama adik beradik, pastilah apabila sudah berkahwin masing-masing akan fokus
kepada rumahtangga sendiri demi menunaikan tanggungjawab kepada pasangan.
Namun lain pula ceritanya dengan wanita ini yang mendakwa bapanya sangat bertanggungjawab
Terhadap adik-adik yang sudah beranak pinak dan mengendahkan nafkah kepada isterinya.
Assalamualaikum para pembaca, kisah ni aku cuba ringkaskan sebaik mungkin.
Pada aku, abang dan umi aku, ayah aku seorang abah yang baik.
Tapi ada satu benda yang pada kami ni yang abah kami tak perasan.
Dia macam diambil kesempatan oleh adik beradik atau makcik pakcik aku. Abah aku dia asal kelantan berpindah ke Johor cari kerja. Kerja singapore akhirnya jumpa dengan umi aku yang waktu tu cikgu sekolah rendah dan akhirnya kahwin.
Makcik belah umi aku pernah lah cerita yang dulu keluarga dan saud4ra mara belah abah aku tak suka dekat umi sebab dia orang johor tapi akhirnya setuju juga. Abah aku ni seorang yang baik. Jarang marah, nak minta apa dia okay. Tapi kalau cakap pasal adik beradik dia. Nanti dia marah.
Abah aku kerja singapore gaji dia memang tinggi dalam 3.5k dollar. Kalau convert memang 5 digit duit Malaysia. Selalunya dia akan kasi of course lah nenek aku dalam 1.2K tapi yang jadi masalah. Setiap bulan adik beradik abah aku nak minta juga.
Diorang nanti cakap lah “long duit gaji long” abah aku pun kasi sorang 600 ringgit. Adik beradik dia ada 6 orang kalau termasuk abah aku jadi lah 7. Kalau kira RM 600 X 6 orang tu dah RM 3600. Jadi setiap bulan RM1200+ RM3600 = RM4800. Senang cerita RM5 ribu sebulan abah aku dah habis bagi adik beradik dia.
Yang jadi masalah kalau macam diorang ni tengah belajar ke apa tak ada masalah. Tapi semua tu dah berkahwin dah beranak pinak. Aku ingatkan lepas nenek aku dah meninggal ayah aku dah kurangkan lah kasi sebab sebelum ni yang selalu suruh kasi pun arw4h nenek aku.
Tapi tidak diorang siap cakap jumlah RM1200 untuk arw4h mak yang abah aku selalu kasi dibahagikan 6. Jadi +RM200 total setiap bulan diorang dapat RM800. Umi aku waktu tu marah ye. Dia cakap “awak tu adik beradik awak dah kahwin dah ada anak pandai lah diorang cari duit.
Tapi ayah aku cakap “biarlah kongsi rezeki” jadi abah aku kasi setiap bulan RM800 setiap sorang. Kadang-kadang tu dengar lah diorang mengecek cakap “long kasi cukup seribu boleh tak?” Abah aku pun kasi. Gila senang hidup diorang setiap bulan dapat duit senang macamtu.
Abang aku tegur abah aku buat bodoh, umi aku tegur pun dia buat bodoh. Benda bukan sebulan dua tapi bertahun ye. Kadang-kadang tu dah bagi sebulan banyak 800 nanti dah tengah bulan cakap pinjam 2-3 ratus sampai ke sudah tak bayar.
Lepastu setiap bulan abah aku complaints kami banyak guna duit. Padahal duit apa je. Yang lain banyak keluar duit dari umi. Duit abah aku 50% – 60% ke adik beradik dia. Sampai sekali ni. Rumah kami ni ada satu kereta yang memang paling kami sayang sebab beli waktu abang aku umur 1 tahun.
Kereta ni umi dan abah aku simpan duit untuk down payment dan bulan – bulan share, kereta proton wira. Kereta tu memang jarang dah bawa sebab abah dan umi aku ada kereta lain tapi plan dia kereta tu untuk abang aku sambung belajar nanti, first year dia tak boleh bawa jadi next year baru bawa.
Abah aku cakap dia nak bawa kereta tu untuk servis jadi dah berbulan tak selesai umi aku tanya mana kereta tu sebab abang aku lagi 2 bulan habis final exam cuti dan next year dia boleh bawa. Sekali rupanya abah aku pergi kasi dekat adik dia.
Umi aku punya marah waktu tu. “Awak kasi adik awak buat apa kereta rumah kita tu?” Abah aku asyik jawab, “biarlah adik saya guna dulu” bila abang aku cuti umi aku pun terp4ksa belikan dia motor sebab sepatutnya dah janji bagi kereta tu.
Umi aku hampir setiap hari p4ksa abah aku ambil balik kereta tu. Kereta beli zaman muda, zaman baru mula kahwin. Abah aku pun asyik balas “nanti, nanti” sampai 2 tahun kereta tu kat tangan adik dia. Itu pun lepas umi aku dah meng4muk baru dia pergi Kelantan ambil sebab bila call pakcik aku dia cakap tak ada masa nak hantar johor.
Abang aku ikut abah pergi Kelantan ambil kereta. Abang aku hantar gambar kereta memang barai habis. Pintu habis bercalar, berlekuk lagi. Cat kereta bertompok, bila start kereta tu memang semput. Abah aku terp4ksa hantar servis dulu sebelum drive jauh.
Abang aku hantar wasap cakap satu sen pun pakcik aku tak kasi duit lepastu tak cakap terima kasih ke apa kasi pinjam. Kena dalam 3-4 ribu ye servis memang barai. Itu pun dah sampai johor kena hantar kedai lagi. Radio rosak, air con jah4nam tak sejuk, dari Kelantan ke Johor terpaksa buka tingkap.
Umi aku cakap dekat abah pergi minta duit dekat pakcik aku. Takkan pinjam sampai 2 tahun sesen pun tak bagi kereta pula sampai barai habis macam tu. Reaksi abah aku macam biasa “biarlah taknak besarkan perkara kereta pun dah sampai”
Tapi yang mungkin macam kemuncak benda ni berlaku beberapa tahun lepas. Abah aku dia dari zaman muda minat sangat motor besar. Tapi nak beli mahal jadi dia setakat perhati je lah selalu. Umi aku dia pun ada saving dan belikan abah aku motor besar.
Abang aku yang tolong surveykan dan akhirnya jumpa sebiji yang abang aku cakap abah mesti suka ni harga dia mahal dalam 50K+ tapi umi aku pun dari down payment dan monthly payment dia yang bayarkan. Nak kasi hadiah dekat Abah sempena anniversary.
Abah aku bila nampak tu menangis lah sambil peluk umi aku. Sejak haritu memang ke hulu ke hilir pakai motor besar tu. Lepas hampir 2 tahun beli motor tu. Selalunya kalau balik kerja nampak abah aku lap motor dia, panaskan enjin, setting apa ada.
Tapi dalam sehari dua tu tak pula. Motor dia cuma elok tertutup rapi pakai canvas. Secara tak sengaja umi aku tengah sapu depan rumah penyapu tersangkut dekat canvas motor. Bila umi aku buka dah bukan motor besar ayah aku.
Tapi motor LC, umi aku apa lagi dia tanya aku ni motor siapa. Aku tak tahu tapi abang aku dia tahu ni motor pakcik aku yang sorang tu. Umi aku pun waktu abah aku balik dia tanya mana motor awak. Abah aku dengan tak bersalah cakap “ada tu pinjam dia kata nak pergi konvoi nanti dah habis dia pulang lah balik” umi aku geleng kepala je.
Aku dengan abang macam ya Allah naif sangat ayah aku ni kenapa. Itu motor terang umi aku belikan khas untuk dia. Tragedi, pakcik aku eksiden ada masuk dekat FB dan group FB waktu ni belum konvoi lagi ye. Umi aku bila dapat tahu tu dia tak cakap apa tak ada marah, tak ada jerit ke tak ada g4duh.
Umi aku cuma cakap “lantak awak lah motor awak,” abang aku bila nampak motor tu sebelah jah4nam dia pun geleng kepala. Aku dalam hati waktu tu marah dia lain macam. Sebab motor tu no.1 umi aku beli memang khas untuk abah aku. Yang ke.2 mahal.
Kalau macam motor tu abah aku guna dan dia rosakkan tak apa sebab itu dia punya. Tapi pakcik aku guna dia jah4namkan memang rasa bitter. Motor tu makan masa lama ye nak settle. Pakcik aku lepas tangan taknak uruskan sebab alasan “patah kaki”. Lepastu boleh dia minta duit nak pinjam.
Abang aku ada cakap dengan abah aku “abah sudahlah dia dah tua ada anak isteri, abah tu ada umi cuba fokus umi” sebab memang nampak sejak kejadian tu umi aku dia memang dah jarang macam tegur abah aku atau membebel.
Selalunya setiap hari akan ada benda dia bebel. Umi aku selalu akan membebel dari A – Z tapi lepas hal motor tu umi aku cuma cakap “ikut awaklah itu duit awak dan adik beradik awak suka hati awak”. Lepas dah kena macam tu mungkin baru abah aku rasa macam terkesan.
Abang aku pun ada cakap dia nasihat abah, nak baik dengan adik beradik boleh tapi berpada – pada. Adik beradik dia semua dah kahwin anak pula 2 – 3 orang. Bayangkan setiap bulan abah aku hampir RM5000 habiskan untuk adik beradik dia.
Abah aku sekarang masih bagi lagi tapi dia cakap dah kurangkan dalam RM200 sahaja setiap bulan. Tapi entahlah pada aku tak payah lah bagi sebab kalau kira macam hutang diorang entah berapa banyak lagi. Itu tak termasuk yang adik beradik ayah aku ni berkira ye. Sepanjang aku membesar kalau jumpa diorang semua jenis berkira. Entahlah abah. – Nisa (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Pakar cadang perketat syarat kelulusan hutang, ini punca yang ramai rakyat Malaysia terjebak