Umno gelar Kerajaan Muhyiddin sebagai kerajaan gagal

Umno gelar Kerajaan Muhyiddin sebagai kerajaan gagal. Talian hayat PN telah musnah apabila UMNO buat keputusan tarik diri. Pilihan di hadapan masih samar hanya kerajaan interim sebagai remedi awal untuk menyambut kejatuhan PN.

PH kekal blok terbesar setakat berita awal pagi tadi dan kerajaan TSMY telah dihina oleh Umno dengan ungkapan #kerajaangagal yang dijadikan alasan untuk keluar dan menarik diri daripada mengekalkan sokongan kepada kerajaan TSMY.

Heran juga, adakah UMNO mengatakan pada diri sendiri kerana Timbalan Perdana Menteri UMNO dan Menteri Kanan UMNO baru sahaja dilantik kelmarin. Menteri Vaksin, Menteri Kesihatan, Menteri Pertahanan, Sukan, Perpaduan, Pengajian Tinggi, Menteri Luar dan ramai Timbalan Menteri adalah dari UMNO. Apakah yang gagal adalah UMNO dan sebab itu dia menarik diri dari kerajaannya sendiri!

Pilihan UMNO yang diumumkan awal pagi tadi pada 8/07/21, merintis jalan kepada kejatuhan kerajaan PN tetapi alternatif sebuah kerajaan kuat dan stabil seperti titah YDPA masih belum kelihatan.

PH kekal blok terbesar 89 MP tetapi tidak cukup bentuk kerajaan, baki “strong and formidable majority” masih ada di tangan blok BN, Sabah, Sarawak manakala fraksi Tun M mungkin menanti peluang.

Jatuhnya PN secara teknikal adalah jatuhnya kegagalan, keangkuhan dan lebih utama satu pengkhianatan. PH kekal konsisten mahukan mandat rakyat dikembalikan, UMNO tarik diri dari PN dan jelas dari kenyataan Presidennya mahukan PRU setelah kelompok imuniti tercapai.

Rakyat menderita, ekonomi dalam bahaya, covid terus meningkat. Amat malang bagi negara ini terpaksa melalui musibah ini. Tapi sekurangnya satu kegagalan dan pengkhianatan telah diakhiri. Sekali lagi kebijaksanaan Tuanku diperlukan bagi merealisasikan kerajaan yang kukuh dan stabil untuk menangani covid 19 dan ekonomi yang parah!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Sumber:

Paling Terkini : Panas !!! 7 sebab Umno tarik balik sokongan, ‘biadab’ Raja antaranya