Umno punca Pas tolak Muafakat Nasional – Hadi

Umno punca Pas tolak Muafakat Nasional – Hadi

Tindakan UMNO melanggar Piagam Muafakat Nasional menjadi punca Pas menolak untuk bersama gabungan itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketika Muafakat Nasional ditubuhkan, piagam atau perjanjian yang dibuat menyatakan bahawa gabungan itu boleh menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, malah dalam piagam itu juga, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga boleh menyertai Muafakat Nasional.

“Tapi malangnya bila sampai peringkat pelaksanaan terdapat dalam kalangan pimpinan UMNO yang mahu Pas dengan UMNO sahaja. Itu sudah lari daripada perjanjian. Kita berpegang pada perjanjian.

“Dia tak boleh menyalahkan Pas, nak suruh Pas dengan UMNO sahaja tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor dekat sini pada Sabtu.

Umno punca Pas tolak Muafakat Nasional - Hadi

Abdul Hadi (tengah) ketika menghadiri Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor, Larut pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Abdul Hadi berkata, UMNO tidak boleh mengarahkan Pas supaya hanya menerima parti itu sahaja di dalam Muafakat Nasional.

Jelasnya, Pas mempunyai pendirian tersendiri dan bukan sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN).

Pada 2 Disember lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan status kerjasama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional akan ditentukan oleh 191 bahagian parti itu yang mula bersidang pada 18 Disember ini.

Beliau berkata, persidangan kali ini cukup penting bagi masa depan Muafakat Nasional sebelum Perhimpunan Agung UMNO berlangsung selama tiga hari bermula 13 Januari depan.

BACA JUGA : Gempar !!! Bakal berlaku pembunuhan beramai-ramai di Thailand tahun depan
Kes Covid-19 di sekolah masih terkawal – Menteri

CATEGORIES