UMNO Putuskan Kerajaan Hari Ini Bukan Kerjasama Antara Parti – Khaled Nordin

Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Naib presiden UMNO dalam satu posting di facebook beliau menyebut bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi dan biro politik UMNO, dimana semua yang bersuara bersetuju bahawa kerajaan yang ada hanyalah perikatan antara Ahli-Ahli Parlimen dan bukan kerjasama antara parti-parti.

Keputusan UMNO ini dipercayai dibuat setelah beberapa rungutan daripada pemimpin-pemimpin UMNO terhadap jumlah Menteri yang diperoleh dan tidak strategik untuk parti tersebut. Sebelum ini Azalina Othman mempertikaikan dari sudut kementerian yang dijaga oleh pemimpin umno adalah tidak strategik.

Pemimpin veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad turut melahirkan rungutan yang hampir sama.

Keputusan terbaharu Umno ini membuka satu lembaran baru dalam politik kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih kerajaan dari PH di pertengahan penggal.