Umum deactivate Instagram, Nas Daily koyak dikecam aktivis pro Palestin di Jepun

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Nas Daily, atau nama sebenarnya Nuseir Yassin, kelihatan ‘koyak’ selepas satu insiden di Tokyo yang melibatkan pertembungan dengan aktivis pro-Palestin,

sehingga beliau mengumumkan bakal meninggalkan Instagram.

Ketika buat pertemuan bersama pengikutnya, beliau dikejutkan dengan kehadiran kumpulan penunjuk perasaan

yang menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan mendesak Nas untuk mengubah pendiriannya.

Dalam pertemuan itu, aktivis pro-Palestin membawa mesej tegas yang menolak normalisasi terhadap penjajahan Israel.

Umum deactivate Instagram, Nas Daily koyak dikecam aktivis pro Palestin di Jepun

Salah seorang pengguna media sosial menyatakan, “Tokyo berdiri bersama Palestin:

Zionis dan normalisasi tak dialu-alukan di sini,” yang menunjukkan kemarahan terhadap sebarang bentuk sokongan kepada Israel.

Protes ini menjadi salah satu sebab mengapa Nas Daily akhirnya memutuskan untuk meninggalkan Instagram buat sementara waktu dan mengalihkan perbincangan politiknya ke platform lain, iaitu X (sebelumnya Twitter).

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Nas menjelaskan bahawa dia ingin mengekalkan Instagram bebas daripada politik dan memindahkan semua kandungan berkaitan isu politik ke akaun X menggunakan nama penuh, Nuseir Yassin.

Dalam satu hantaran di X, Nas menyatakan bahawa dia juga mahukan Palestin merdeka, namun menegaskan pendiriannya untuk membebaskan Palestin daripada Hamas, keganasan, dan radikal.

Walaupun beliau cuba menunjukkan sikap neutral dan terbuka, ia tidak diterima oleh kumpulan penunjuk perasaan tersebut, yang menurutnya hanya mahu Palestin dibebaskan daripada Yahudi.

BACA: ‘Dapat dekan, bila kerja satu habuk tak reti’ Netizen kecam perkhidmatan siapkan assignment