Umur baru 28 tahun tapi rupa macam dah 60 tahun, rupanya ini sebenarnya yang dialami lelaki ini

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Pesakit paling lama bertahan selepas menghidap penyakit genetik yang jarang ditemui, Sammy Basso,

Meninggal dunia pada usia 28 tahun, lapor saluran berita Channel News Asia semalam.

Beliau yang menghidap sindrom progeria, atau dikenali sebagai sindrom Hutchinson–Gilford (HGPS), kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar.

Menurut Persatuan Progeria Itali, pesakit hanya mampu hidup selama 13.5 tahun tanpa sebarang rawatan.

Penyakit yang jarang ini menjejaskan satu dalam setiap 8 juta orang yang dilahirkan dan dikesan berlaku satu dalam setiap 20 juta penduduk di seluruh dunia.

Umur baru 28 tahun tapi rupa macam dah 60 tahun, rupanya ini sebenarnya yang dialami lelaki ini

Basso dilahirkan di Schio, wilayah utara Itali pada tahun 1995 dan menghidap progeria sejak usia dua tahun.

Beliau menjadi terkenal melalui dokumentari National Geographic berjudul Sammy’s Journey, yang menceritakan perjalanannya di sepanjang Laluan 66 di Amerika Syarikat, dari Chicago ke Los Angeles bersama ibu bapa dan kawan baiknya, Riccardo.

“Hari ini, cahaya kami telah meninggal dunia. Terima kasih, Basso, kerana menjadikan kami sebahagian daripada kehidupan yang indah,” tulis persatuan itu di laman Instagram mereka.

BACA: Didesak peminat ulas penceraian fattah amin, sekali respon Madammu buat netizen sentap