Sejak kebelakangan ini, muncul spekulasi mengenai rumah tangga pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang didakwa sedang menghadapi masalah.
Uqasha, yang nama penuhnya adalah Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menafikan dakwaan tersebut
Dan berpendapat bahawa setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui ujian dalam rumah tangga.
“Bagi saya, dalam rumah tangga, pasti ada pasang surut. Takkanlah nak kongsikan semua perkara di media sosial.
Selagi tidak sampai ke tahap mahkamah, ia adalah perkara biasa,” katanya.
Seperti pasangan lain, aktres berusia 32 tahun itu menyatakan bahawa dia dan suaminya juga pernah bergaduh tentang perkara-perkara kecil.
“Nak kata selalu bahagia pun tidak, nak kata sedih juga tidak. Lagi pula, kami baru sahaja mempunyai anak dan masing-masing sedang mengalami pengalaman pertama itu. Bergaduh biasa sahaja, contohnya saya minta dia basuh tangan sebelum memegang anak.”
Uqasha mengungkapkan hal ini ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Bisikan Dosa di Kuang, Selangor pada hari Rabu.
Dalam pada itu, pelakon filem Hantu Kak Limah itu juga mengakui bahawa mempertahankan mahligai cinta yang dibina bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dia dan Kamal akan tetap berusaha yang terbaik.
“Ajal, jodoh dan maut di tangan Tuhan. Apabila diuji, sekuat mana kita ingin mempertahankan, semua itu terletak pada diri kita dan pasangan. Setiap pasangan akan diuji oleh Allah.”
“Untuk bertahan bukanlah mudah, malah untuk mendapatkan kebahagiaan pun bukanlah senang. Sukar untuk bertahan, apalagi dengan kata-kata dari orang luar. Apa pun, mental mesti kuat, terutama sekarang saya sudah menjadi seorang ibu.”
Walau bagaimanapun, Uqasha dan Kamal tidak mengambil peduli tentang khabar angin tersebut.
“Menjaga emosi adalah lebih penting. Perkara kecil seperti ini saya tolak tepi sahaja. Kami hanya ketawa dan bergurau apabila ada yang berkata rumah tangga kami bergolak. Kami juga tidak mengambil serius tentang hal ini.”
Sebagai informasi, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hawra Uqaira.
BACA: 20 unit Honda Civic FL5 hilang dari pelabuhan, Cara curi macam dalam filem