Usaha Ebit Lew buka mata semua tentang situasi rakyat Kelantan

Usaha Ebit Lew buka mata semua tentang situasi rakyat Kelantan

Sama-sama kita pakat bantu di bulan Ramadhan ni. Moga semua beroleh pahala.

Kesian nya rakyat susah miskin di Negeri Serambi Mekah, dalam keadaan Kerajaan sudah ada duit.

Sudah dekat 30 tahun Kelantan memerintah, duit pun dah banyak.

• RM400 juta duit Tun Mahathir bagi dulu
• RM50 juta + duit hasil minyak masuk terus ke Akaun Kerajaan Negeri dan Akaun MAIK
• RM50,000 seorang Exco
• Kereta Mercedes Benz setiap Exco
• Elaun Covid kepada semua kakitangan Kerajaan dan lantikan politik.

Banyaknya duit, zaman dulu boleh lah sebut “Kelate takda pitis”, sekarang ini duit Kerajaan Kelantan sudah banyak dan sudah menjadi Menteri di peringkat Malaysia.

Takkanlah nak cari Rumah Sewa dan bagi peralatan rumah kepada faqir miskin macam Ustaz Ebit Lew pun tak dapat?

Nak beri sekeping tanah untuk rakyat marhain pun tak dapat? Tanah dibawah bidang Kuasa Kerajaan Negeri.

Ingat lah wahai pemimpin, dalam saat semua berebut nak rampas Kerajaan Negeri dan Kerajaan Malaysia akan Hadis Nabi Muhammad Saw ini;

“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.

Suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.

Isteri juga pemimpin dalam mengendalikan rumah tangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumah tangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Kamu jawablah depan Allah SWT kelak.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew, sudi datang melawat Negeri Kelantan. Ia dapat membuka mata semua pihak, terutamanya Perantau dan Orang Luar Kelantan situasi sebenar masalah rakyat di Kelantan. Moga usaha baik ini dapat di teruskan lagi. Amen

Syam Ghaz

Sumber: