Usaha Kerajaan PH Berjaya; AS Pulang Dana 1MDB Yang Diseleweng

Usaha Kerajaan PH Berjaya; AS Pulang Dana 1MDB Yang Diseleweng

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memulangan AS$300 juta yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

Jabatan Kehakiman dalam kenyataannya, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dipulangkan sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).

Pembantu Peguam Negara AS, Brian A. Benczkowski, berkata pembayaran itu mencerminkan komitmen AS kepada Malaysia untuk memburu, merampas dan memulangkan aset yang diperoleh menerusi penyelewengan itu.

Antara aset yang berjaya diperoleh semula termasuk estet mewah di Beverly Hills, New York dan London serta pelaburan bernilai jutaan Dollar yang dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sebelum ini, berita Agensi yang memetik maklumat sumber, melaporkan DoJ menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) susulan ketidaktentuan politik berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu

Berita penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/677287/pulangkan-as300-juta-dana-1mdb-kepada-malaysia