Ust Ebit kata Mondy cacah sendiri tatu, sekali lain tular video lama Mondy tengah buat tatu

Oleh GEMILANGDAILY

Ust Ebit kata Mondy cacah sendiri tatu, sekali lain tular video lama Mondy tengah buat tatu

Penyanyi rap dan aktivis, Caprice berkongsi video lama memaparkan wanita warga Indonesia iaitu Mondy

Dia sedang menjalani proses mencacah tatu dengan menggunakan khidmat individu lain di laman Instagram miliknya, semalam.

Ust Ebit kata Mondy cacah sendiri tatu, sekali lain tular video lama Mondy tengah buat tatu

Ia susulan pendakwah popular, Ebit Lew tampil menjelaskan bahawa ukiran tersebut dibuat sendiri oleh janda muda itu tanpa membabitkan harga mencecah ratusan atau ribuan ringgit seperti tanggapan segelintir pihak.

“Buat sendiri…,” tulis Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli seolah-olah mempersoalkan kenyataan Ebit.

Menerusi rakaman dimuat naik, difahamkan Mondy menggunakan khidmat pelukis tatu yang terletak di Tangerang Selatan, Indonesia yang menjalankan bisnes dengan menggunakan akaun media sosial bernama @mandala_genk18.

@mondy_tatto #tattoo #viral #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fyp #Tato #mondytatto #SwayChallenge #berandatiktok ♬ suara asli – ghost – 20

Berdasarkan tinjauan di akaun TikTok milik Mondy pula, terdapat juga beberapa video memaparkan dirinya sedang baring menahan sakit ketika menjalani proses mencacah tatu pada bahagian muka.

@mandala_genk18 #CapCut @mondy_tatto #idetatokeren #tattooartist #tattooart #inspirasitatto #inspirasitato ♬ suara asli – TATTOO TANGERANG SELATAN

Berikutan hantaran dibuat oleh Caprice, ramai dalam kalangan netizen mula mempersoalkan kenyataan pendakwah berkenaan serta memikirkan ‘kelogikan’ bagi seseorang individu untuk mengukir tatu secara sendiri.

@mondy_tatto #foryoupage #fypシ゚viral #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #berandatiktok #Tato #tattoo ♬ Dj Masa Lalu Nabih Ikoo FT MAS BIBEH Bootleg – NabihFvnky


BACA:

Sayu tengok iklan burger, wanita terkilan tangguh permintaan bapa mahu makan burger sebelum meninggal dunia