Ustaz Elyas kecam ustazah selamba jatuh hukum haram

Oleh GEMILANGDAILY

Ustaz Elyas kecam ustazah selamba jatuh hukum haram. Pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Elyas Ismail tampil memberi pencerahan dan fatwa mengarut yang dikeluarkan oleh para ustaz dan ustazah tular kebelakangan ini.

Jelasnya, individu-individu yang memegang gelaran ustaz dan ustazah tetapi tidak diketahui latar belakang pendidikannya sesuka hati mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang tidak benar.

“Latar belakang pendidikan tidak diketahui tetapi bertindak sesuka hati mengeluarkan fatwa halal dan haram serta menjatuhkan hukuman neraka kepada golongan itu dan ini.

“Nabi ada menyebut bahawa puak-puak seperti ini tidak akan berdiam diri dan apabila ditanya saja soalan, maka mereka akan memberikan fatwa dengan penuh kejahilan dan tidak berilmu . Pada akhirnya, dia itu sudah sememangnya sesat dan menyesatkan orang ramai (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim),” katanya.

Ujarnya lagi, Allah SWT juga menyebutkan dalam Al-Quran, ‘jangan engkau menyebut dengan lidahmu secara bohong, ini halal, ini haram untuk mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah’ (Surah An-Nahl ayat 1-116).

Ustaz Elyas kecam ustazah selamba jatuh hukum haram

“Sesungguhnya, Allah sudah mengajarkan kepada kita agar jangan sesuka hati menjatuhkan hukuman halal dan haram,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar sentiasa berhati-hati sewaktu mencari guru dan menasihatkan agar mencari guru yang sebenar-benarnya.

“Apabila hendak mencari guru, carilah guru yang benar-benar berilmu dengan ilmu yang benar kerana itu merupakan benda yang penting. Jika tidak, maka perkara-perkara seperti itu yang akan berlaku.

“Kadang-kadang, kita sukar untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Emas itu kuning tetapi bukan semua yang kuning itu adalah emas,” jelasnya.

BACA:

Peguam Negara buka mulut isu lepas bebas Aziz Raheem

Terkini: Bersatu Sabah sah keluar dari Bersatu

Handphone Tokti pula ‘hang’ masa bergambar dengan Gordon Ramsay