Ustaz gatal ‘himpit’ guru praktikal, setiap hari bagi bekal makanan risau ada letak sesuatu

Oleh NADIA HARON

Latihan industri adalah peluang berharga bagi pelajar untuk merasai alam pekerjaan sebenar sebelum melangkah ke dunia kerjaya.

Namun, pengalaman ini tidak selalunya berjalan lancar.

Seorang gadis yang berkongsi kisahnya di media sosial mendedahkan cabaran yang dihadapinya ketika menjalani praktikal di sebuah sekolah sebagai guru.

Dalam hantaran tersebut, dia meluahkan rasa tidak selesa terhadap seorang guru lelaki bergelar ustaz yang sering mengganggunya di luar waktu kerja.

Gangguan Berterusan di Luar Waktu Kerja

Ustaz gatal ‘himpit’ guru praktikal, setiap hari bagi bekal makanan risau ada letak sesuatu

Gadis itu mendakwa ustaz tersebut cuba menarik perhatiannya dengan pelbagai cara, termasuk memberikan makanan setiap hari,

menghantar mesej berkaitan kerja pada waktu malam, dan menawarkan untuk membayar kos makan malam sekolah yang dia tidak berminat untuk hadir.

“Memanglah aku pelajar praktikal, tapi salah ke aku nasihat ustaz ni… hari-hari bagi makanan walaupun aku tak makan. Mesej malam-malam pasal kerja, tapi aku tak balas sebab boleh bincang di sekolah,” tulisnya.

Warga maya turut berpandangan ustaz terbabit bersikap pelik.

Lebih mengejutkan, guru lelaki tersebut dikatakan sudah berkeluarga, namun masih berkelakuan sedemikian.

Merasa kurang selesa, gadis itu memutuskan untuk memulangkan pemberian makanan tersebut. Namun, tindakannya itu menyebabkan ustaz berkenaan berdiam diri dan mengelak daripadanya selama beberapa hari.

“Red Flag” dan Sokongan Warga Maya

Tindakan gadis tersebut mendapat pujian daripada warganet yang menyokong keberaniannya. Ramai menyifatkan tingkah laku ustaz itu sebagai red flag yang perlu dipantau.

“Jangan sentuh atau makan makanan yang dia bagi. Pemberian makanan adalah salah satu cara sihir yang paling popular. Kalau tak boleh pulangkan, bagi saja anjing atau kucing jalanan makan,” nasihat seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang mencadangkan agar gadis itu membuat aduan kepada pihak sekolah atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) jika gangguan itu berterusan.

Kesedaran dan Langkah Berhati-hati

Pengalaman ini menjadi peringatan kepada pelajar praktikal, khususnya wanita, untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika menghadapi situasi serupa.

Sikap profesional perlu dijaga di kedua-dua belah pihak untuk memastikan latihan industri menjadi pengalaman yang bermanfaat dan bebas gangguan.

BACA: Rupanya senang sangat nak cuci ‘whisker mixer’ ini caranya