Sekarang sedang meningkat trend dan cubaan menormalisasikan kesalahan.
Penunggang melanggar undang2 langgar JPJ, dibackup penunggang tu dan dimaki JPJ yang menjadi mangsa.
Tak renew road tax dan insurans, hampir setahun, yg mana kalau terjadi apa2 akan menyukarkan mangsa dan pihak lain, JPJ juga dipersalahkan.
Yang melanggar undang2 dibela.Taknak bayar hutang, institusi kewangan yang dipersalahkan.
Banyak lagi la budaya yg semakin membarah di kalangan masyarakat hari ni.
Semoga semuanya termasuk diri sendiri sentiasa diberi kesedaran dan hidayah. Amiin 🤲🏻
Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ
Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah.
Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.
(Riwayat Ibn Majah, kitab al-Fitan, bab zaman yang dahsyat. No. Hadith : 4026. Imam Ahmad, Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, musnad Abu Hurairah. No. Hadith : 7571. Al-Hakim, Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, 5 : 659) [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani RA di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1887].
Semoga bermanafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insha Allah… 😞
Kredit kepada saudara Arief Farhan.