“Ustaz kata ustaz kata, aku ceramah tak nak dengar, aku bermadu dengan ustaz ke? Rupa-rupanya ini kerja mereka berdua belakang aku”.
Rupanya lepas dia goreng nasi, dia ambil gambar post di Facebook dengan caption,
“Sarapan pagi untuk suami tercinta, semoga air tanganku jadi berkat pengikaat kasih cinta kami.” Rasa nak tercekik air liur aku bila baca status isteri aku. Dia akan tag aku dan p4ksa aku like, kalau tak dia guna FB aku dan like status sendiri..
Salam semua, aku Khairul. Berumur 43 tahun, beristeri sorang dan beranak dua. Aku nak luahkan masalah isteri aku yang lebih suka dengar cakap orang lain berbanding cakap aku, suaminya.
Aku ni seorang yang simple. Kehendak aku juga simple. Aku sudah maklumkan pada isteri tentang sifat peribadi aku yang simple sejak sebelum kahwin lagi. Tapi sampai ke sudah dia tak percaya, dia lebih percayakan cakap orang lain.
Aku senaraikan 4 contoh perbuatan isteri yang lebih percaya cakap orang lain berbanding aku.
Isteri suka pakai mekap di rumah dengan lipstik merah menyala. aku rasa seram tengok dia pakai lipstik merah tu lagi- lagi pada waktu malam. Dengan muka dia yang putih melepak, rambut lurus panjang hitam pekat; nampak macam pontianak.
Aku pesan, duduk rumah tak payahlah pakai mekap, lipstik. Dia kata ustaz ajar, bila di rumah pun isteri kena berhias untuk suami. Lepas tu dia spray minyak wangi banyak-banyak. Sesak nafas aku. Aku cakap aku tak suka, sakit hidung, susah nak tidur.
Dia boleh gelak pastu kata aku tak romantik. Terus aku bawak bantal tidur luar di sofa. Dia apa lagi, mencuka muka tengok aku buat macam tu. Iyalah, dia nak tidur dengan aku. Bukan tidur dengan ustaz yang ajar bukan-bukan tu. Jadi nak ikut cakap aku ke ustaz?
Aku pernah request nak sarapan simple, sandwich telur. Isteri sediakan nasi goreng ayam. Aku tanyalah kenapa buat nasi goreng ayam? Dia cakap dia rajin nak goreng nasi, tak nak biar aku makan sandwich je. Berangin je aku.
Aku nak jaga badan, nak makan simple. Kenapa dia nak sumbat perut aku dengan nasi goreng? Rupanya lepas dia goreng nasi, dia snap gambar nasi goreng tu post di Facebook dengan caption “Sarapan pagi untuk suami tercinta, semoga air tanganku jadi berkat pengikaat kasih cinta kami.”
Terp4ksalah aku makan nasi goreng ayam. Siap ada hias-hiasan lagi. Kalau tak makan, nanti dia tarik muka pulak. Rasa nak tercekik air liur aku bila terbaca post isteri di Facebook tu tengaharinya. Kawan-kawan dia, saudara mara semua memuji isteri aku rajin dan pandai jaga aku, suaminya.
Point nombor 2 ni nak cerita yang isteri suka dengar cakap orang lain di Facebook supaya beri suami makan sedap-sedap. Barulah suami sayang. Sebab itu dia suka post apa yang dia masak. Dia tak suka masak yang simple-simple sebab pada dia, masakan simple hanya untuk kaum isteri pemalas.
Dia fikir aku m4kin sayang sebab dia berk0rban masa dan tenaga masak masakan yang renyah untuk disediakan. Padahal aku faham, isteri hanya lapar pujian di Facebook je. Terkadang aku terp4ksa buang senyap-senyap apa yang dia masak sebab aku nak jaga badan.
Isteri suka masak masakan yang banyak pakai minyak, berlemak. Aku lebih suka makanan yang simple. Dua anak aku pun dah m4kin gemuk berlemak, risau aku tengok. Terpaksa aku bawa anak-anak kerap berjoging supaya sihat tubuh badan.
Bila keluar dengan family, dia suka overdress. Anak-anak pun overdress juga. Serabut aku tengok. Padahal nak pergi Aeon Mall je. Mekap isteri tu macam biasalah, tebal. Aku cakap pakai simple je baju t-shirt, seluar jeans sudahlah dan tak payah mekap.
Dia kata nanti terserempak dengan kenalan ke, saud4ra mara ke, malulah dia tak jaga penampilan. Suami pun malu kalau isteri selekeh. Aku kata “aku tak malu pun, tak payahlah overthinking.” Dia dah start nak marah sambil kata “Kalau ada perempuan lain mekap cantik, dressing lagi mengancam dari isteri sendiri, nanti abang pandang perempuan tu macam mana?! Abang mesti pandang perempuan yang lagi cantik bergaya!”
Masa tu aku dah mula fikir isteri aku makin hari makin sakit jiwa. Dulu dia tak macam tu. Simple je. Sejak dia suka layan ceramah agama, layan page Kisah Rumah Tangga, dia m4kin tak percaya cakap aku. Balik-balik quote cakap orang lain.
Di Facebook, isteri aku suka cakap besar dan merendah-rendahkan perempuan lain. Post dia selalunya begini;
“Kenapa perempuan ni malas betul jaga tok laki baik- baik.. Apa susahnya memasak, mengemas. Aku ni anak 2 pun boleh bangun pukuI 6 pagi solat, siapkan sarapan. Bla bla bla (cakap besar), bla bla bla (cakap besar).. Patutlah tok laki cari perempuan lain.”
Lepas tu dia tag Facebook aku supaya aku like. Semua post dia aku kena like sebenarnya. Selalu juga dia yang login Facebook aku kemudian tolong like kan bila aku cakap “Nanti”. Dia nak kawan-kawan perempuannya nampak yang aku supportive.
Mereka semua tak tahu sejak berkahwin, aku dah muak nak tengok Facebook sendiri sebab terp4ksa baca post isteri. Jadi aku create akaun lain yang isteri tak tahu. Barulah aman tenteram nak layan Facebook. Aku biarkan aje dia ambik alih Facebook utama aku.
Sebab kalau tak, nanti aku kena marah sebab tak like post dia. Bila aku cakap, “Tak baik merendah-rendahkan perempuan lain. Kita tak tahu apa masalah sebenar perempuan tu dengan suami dia.” Dia cakap “Tak ada alasan isteri pemalas ni. Ustaz kata bla bla bla bla…”
Bila aku dengar je perkataan ‘ustaz kata’, terus otak aku jem berhenti berfungsi, sebab tak sanggup nak dengar. Dah terlalu banyak kali dengar ‘ustaz kata’, ‘ustaz kata’, ‘ustaz kata’. Macam aku ni bermadu dengan ustaz pula. Ustaz tu jadi suami pertama dia.
Padahal isteri aku tu bukannya rajin sangat. Ada je lewat bangkit, pukuI 11 pagi, kadang-kadang pukuI 12 tengahari baru bangkit. Masak pun bukannya terlalu sedap. Adalah yang sedap tapi banyak tak sedap. Aku telan je apa dia masak selagi sanggup.
Tapi aku suami dia, tak naklah pecahkan rahsia. Aku sayang isteri. Cuma post dia tu aku risau akan triigger s4kit mentaI pada perempuan-perempuan lain yang percaya kononnya isteri aku tu ibu dan isteri yang rajin dan sempurna.
Boleh nampak sesama kawan perempuannya masing-masing suka compete tunjuk siapa terpaling sempurna. Pada aku itulah pengaruh buruk yang jadi disebabkan post cakap besar isteri aku. Cukuplah sekadar 4 contoh. Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku penat dah nak taip.
Isteri aku ni lawa orangnya. Tapi sejak akhir-akhir ni aku dah tak nampak dia lawa. Aku nampak dia macam perempuan kurang w4ras yang tak bahagia. Padahal dia dah ada suami yang sayang dia, ada anak-anak yang comel.
Tapi dia masih rasa tak cukup sempurna. Aku faham dia nak upgrade diri jadi lebih baik. Masalahnya aku dah berpuas hati dengannya sebab aku simple je orangnya. Tapi dia tak nak dengar cakap aku. Cakap orang lain jugak yang dia suka ikut.
Bila aku suarakan, dia kata “Orang lelaki memang cakap tak kisah. Tapi lepas tu cari jugak perempuan lain.” aku rasa isteri aku terlalu takut ditinggalkan sampai jadi kurang w4ras. Jadi aku pun m4ti kutu tak tau nak cakap apa lagi.
Kalau berterusan dan jadi m4kin teruk, aku tak tau apa akan jadi nanti? Aku masih mampu bertoleransi. Bila baca kisah atau isu isteri-isteri cantik molek ditinggalkan, diceraikan, dicurangi suami sendiri. Kemudian diganti dengan perempuan lain yang selalunya tak berapa cantik, penampilan simple, tapi lebih ceria. Apa masalah sebenarnya?
Mahu juga aku bertanya pada suami-suami perempuan cantik itu. Adakah sebab isteri-isteri mereka kurang w4ras macam isteri aku? Tak membahagiakan suami kerana diri sendiri terlalu ins3cure? Terlalu percaya cakap orang lain dari cakap suami sendiri? Sila beri pendapat anda bagaimana? – Khairul (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Syantik Qirana : Nampaknya bila awak tegur isteri, tak payahlah buat lebih-lebih itu ini, dia makin nak buat. Why not you tegur mulakan dengan pujian dulu. Contoh dari kisah yang pertama. Syg nampak cantik kalau mekap lah..
I nak tengok you pakai lipstick yang colour macam pink-pink natural pulak, boleh? Dan rambut ni cuba syg simpul gini-gini abg nak tengok?; Then sudah dia buat and nampak okay di mata, puji lah habis-habis.. Woww cantik nya isteri abg niiii..
M4kin lah dia nak buat lagi esok lusa dan seterusnya. Bab perfume pulak apa salahnya TT pergi bawak isteri shopping perfume sama-sama, dan pilih lah bau-bau yang hidung awak boleh terima? Ini tak, solution awak nak tido kat luar pulak.. Isteri mana tak tarik muka mencuka TT oooii..
Aisyah Mohd : Sorry la tt, setiap paragraph saya baca, saya ketawa terbahak-bahak tau. Penat betul gelak, kelakar. Saya pun tak tau nak kata apa. Actually, wife tt ni terlampau obsessed dengan apa yang social media paparkan.
Terlalu nak “meet the expectations” dari luar berbanding suami sendiri. Tak semua orang sama. Kalau semua orang sama, kita ni dah jadi mcm robotlah. Wife tt ni dia tak faham kehendak setiap suami ni tak sama. Suami kan lain-lain.
Pandangan saya, saya suggest tt untuk bagi coretan luahan perasaan yang tt post ni pada wife lah. Suruh dia baca. Dia merajuk kejap. Takpe. Tapi beritahu dia sebetulnya dan sejujurnya kehendak simple yang tt nak tu.
Semoga dia terbuka hati untuk terima dan dengar cakap tt. Bersyukurlah wife tt , dapat suami yang nak simple life. Aigooo, pening pale hahaha P/s: part yang saya paling tak boleh tahan tu, dah macam tt bermadu dengan ustaz pulak. Anyways, GOOD LUCK YER!
Mimi Jamiah : Kami rasa bini tt ni insecure. Rasa diri tak cantik dah lepas beranak. Tu yang touch up bagi tebal. Rasa bersalah tak masak sedap-sedap satgi takut laki pi kedai makan. Actually tt boleh jer puji bini tu. Awak cantik semulajadi la bini.
Even ada strecthmark, tu bukti cinta awak kat saya. Gituuu. Sebab sis pon ada fasa = fasa insecure dengan diri sendiri lepas veranak. Rasa tak cantik dah. Geleber di mana-mana. Huhu
BACA:
Sophia Albarakbah kantoi stalk IG Aliff Aziz, “angin lagi lah Bella macam ni” – netizen
Muntah hijau dapat jiran macam ni – “selamba je dia kencing, campak tuala wanita dari tingkap”