Assalamualaikum,,, saya ibu kepada mangsa yg di liwat di tahfiz,,,post terakhir utk sy ceritakn apa yg jd Selama 7 bulan di tahfiz berkenaan.
“Ustaz selalu panggil anak masuk bilik setiap malam dari jam 12am sampai 4am setiap hari! Anak beritahu aku, ustaz suruh dia pegang kemaluan ustaz sampai pancut!”
Sepanjang belajar di tahfiz saya sebagai waris tidak di galakkan utk berjumpa aidil di tahfiz atasan alasan aidil hilang focus kalo saya datang..
Pada 13/3/21 8am, Abu ibaidah call saya beritahu aidil tidak berminat untuk terus belajar di situ, saya tanya apa yang jadi tapi aidil tidak mahu cerita, lepas bincang dengan Abu ubaidah saya cadang saya nak jmpe aidil pada waktu petang..
Dalam pukul 12pm bekas suami saya call, dalam keadaan menangis, suruh saya pergi ambil aidil sebab dia cakap aidil kena liwat, saya yang dalam keadaan blur terus keluar ambk aidil, tahfiz dan rumah saya jarak 10 minit je
, lepas ambil aidil saya tengok keadaan dia tertekan, saya bawa blk rumah, saya diam dulu, tiba-tiba aidil nangis tanya saya kenapa semua ini jadi kat diap, saya tanya apa jadi dia diam satu pun tak cakap, saya betul-betul risau, saya call Abu ubaidah saya tanya apa yg jadi!!!
Abu ubaidah tanya saya aidil ada cerita apa-apa tak, saya jawab tak dia cuma nangis tanya kenapa semua ini jadi kat dia, petang dalam pukul 2 macam tu, Abu ubaidah call saya, suruh saya datang ke madrasah, sampai di madrasah Abu ubaidah dengan adik dia Abu talaha
dan 3 orang pelajar tahfiz telah menfitnah aidil, mereka cakap aidil ada hubungan sejenis dgn kawan dia, sedangkan kawan dia baru masuk di situ, dalam dua minggu, kejadian dah berlaku lama!!!!
Lepas saya dengar apa yang mereka cakap saya buntu, saya perlu tahu apa yang jadi..Saya ambil aidil saya minta mak saya jagakan aidil sebab saya perlu kerja, alhamdulillah keluarga banyak bantu, pada tarikh 13/3/21 dlm pukul 9pm, saya call cakap aidil menangis lagi, soalan dia tanya kenapa semua ini jadi pada dia keluarga.
Cuba tanya aidil pujuk untuk cerita, alhamdulillah aidil cakap kat adik saya Abu ubaidah ada buat sesuatu, lepas tu adik saya call saya cita, pada tarikh 14/3/21 dalam 10am saya jumpa aidil di rumah mak saya, saya bawa aidil keluar, lepas makan sebelum hantar aidil balik saya tanya apa jadi boleh tak cerita apa yang jadi.
Aidil tak cakap dia di liwat, tapi aidil cakap Abu ubaidah suruh dia pegang kemaluan Abu ubaidah, alhamdulillah Allah bantu saya, lepas saya hantar aidil saya dapat satu panggil dari ibu kepada kawan aidil yang menceritakn apa yang jadi pada aidil kepada bekas suami sy,
Saya buat keputusan untuk jumpa depan-depan, ibu dan kawan aidil cerita apa yang jadi, kawan dia cakap tiap-tiap malam Abu ubaidah akan panggil aidil masuk bilik.. satu hari lepas keluar dari bilik aidil tunjuk air mani yang ada di tangang aidil, hancur hati seorang ibu waktu tu, kalau betul apa yang jadi impian seorang ibu nak melihat anak jadi seorang Hafiz musnah.
Saya tnya kawan aidil betul ke aidil dengan kawan dia ada hubungan, mak kawan aidil ckp, su kena percaya anak dari su percaya Abu ubaidah, anak kita tak hubungan, waktu tu saya jujur cakap saya tak tahu nak percaya sapa, lepas tu ibu kepada kawan aidil suruh saya call sorang lagi ustaz untuk kepastian betul tak mereka ada hubungan.
Saya pun buat keputusan untuk call dan jumpa ustaz shuib, soalan yang saya tnya, betul ke aidil dengan Mukris ada hubungan, ustaz shuib cakap merepek abu ubaidah tu, ustaz shuib cakap aidil dengan Mukris macam adik beradik dia jaga Mukris macam adik dia sebab Mukris baru masuk selalu menangis nak balik, pastu ustaz shuib cakap kat saya patut kak kena risau knpe Abu ubaidah selalu panggil aidil masuk bilik setiap mlm dari jam 12am smpi 4am setiap hari, saya betui terkejut.
Saya call Abu ubaidah tanya kenapa dia selalu panggil aidil masuk bilik tengah malam, jawapan yang diberi, aidil pandai mengurut sebab itu dia panggil setiap malam, benda ini jadi tegang, saya bukan tak report awal, sebab saya nak tunggu pengakuan dari mulut aidil sendiri, malam dalam pukul 8pm tarikh yang sama.
Abang ipaq kepada Abu ubaidah call semua saksi dan saya untuk buat perjumpaan dan bincang apa yang jadi. 15/3/21 lebih kurang 5pm semua berkumpul di madrasah, keadaan tegang belah pihak Abu ubaidah menfitnah aidil Dan Mukris, lepas tu saya sebagai ibu minta peluang untuk aidil bercakap, satu je ayat aidil keluar, aidil di liwat ustaz Abu, lepas tu dia lari keluar dalam keadaan menangis.
Semua orng kejar aidil, lepas semua tenangkan aidil kami masuk, waktu tu keadaan tegang saya sebagai ibu tidak boleh terima apa yang jadi. Saya menangis menjerit, lepas tu aidil, ayah dia dan wakil Abu ubaidah masuk satu bilik, kami yang lain tunggu di luar, apa yang mereka bincang saya tak tahu.
Lepas keluar dari bilik saya terus tarik aidil dan kwn aidil serta Ibu kepada kawan aidil untuk buat report, dalam perjalanan ke balai police, adik saya call Abu ubaidah dah buat pengakuan minta saya patah balik ke madrasah untuk bincang, hati saya sebagai seorang ibu hancur ada hati ajak bincang, lepas buat report, sy kuar dari balai keluarga Abu datang ke balai untuk merayu tarik kes, alhamdulillah pegawai yang ada di situ tolong leraikan dan suruh mereka balik…
Sampai di rumah saya tanya aidil kenapa diam tak cerita kat mama, ayat yang dia ckp, Abu ubaidah cakap jangan buka aib nanti Allah bukak aib kita. Allahu, sampai macam itu sekali, 16/3/21 mak, ayah dan abg ipar Abu ubaidah datang rumah, mereka gunakan hadis untuk tarik balik kes, ayat yang mereka cakap sedangkan nabi ampun kan umat inikan pula kita manusia.
Abg jawab kami bukan nabi, waktu keluarga Abu datang saya kerja, mlm balik kerja abang saya cerita, sepanjang 3 hari kami sekeluarga di ganggu keluarga Abu ubaidah untuk tarik kes, jujur saya cakap, impian seorang ibu nak tengok anak menjadi seorang Hafiz musnah,, impian seorang anak untuk belajar ke mesir dan buka tahfiz sendiri musnah, patut ke saya sebagai ibu nak bagi peluang pada orang macam tu, kalau saya bagi peluang saya takut ada mangsa2 lain lepas ni…
Saya mohon sangat-sangat keadilan berpihak kepada anak saya..
hujung artikel tulis macam ni – kisah benar dipetik dari